BAB 56

385 28 0
                                    

Sekarang, aku dan Deniz tengah melepak dekat Starbucks.

Tengah buka sesi kelas bahasa Melayu. Aku ajar dia benda yang asas-asas sahaja dulu.

Dan bagusnya, Deniz memang seorang yang bijak dan cepat belajar.

Dia dah mahir memahami dan membaca beberapa perkataan.

"Wait, I wanna try to translate what that lady said to you before." Katanya.

Aku tahu dia maksudkan siapa. Aku mengangguk.

Deniz berfikir sejenak. Cuba menganalisis balik apa yang didengarnya tadi.

"She accused you of cheating on Zayden, and she talked bad to you. Right?" Soalnya.

Aku menepuk tangan. Bangga dengan proses Deniz yang cepat belajar. Dan daya ingatannya. Aku pun dah lupa minah tadi kata apa.

"And how did you know that?" Soalku untuk dia cuba menganalisis apa yang dia belajar.

"Hmm, she said 'tunang orang' then 'orang lain'. I suddenly thought that she meant about you cheated on Zayden."

"Then, she said that you 'tak tahu malu' , malu is ashame isn't? Tak means no. So she tried to humiliate you."

"Oh, oh and 'binatang', is that means animal? She called you binatang? Whatta! Then, she said that you're a 'betina'? What was that mean?" Katanya.

Aku mengekek ketawa. Haih, comel betul budak ni belajar Melayu.

"Betina in fact means female animals. But when people try to curse someone they don't like, they use that word sometimes. It means 'bit**'." Ujarku.

Deniz terus ternganga mulutnya. Mukanya jelas marah.

Tahu pun kenapa aku mengamuk tadi. Boleh pulak halang aku?

"Okay, let's go find her. I'll kill her!" Bentaknya.

Aku tepuk dahi. Menyesal puji dia bijak tadi. Dua kali lima la dengan aku pun.

"Eh duduk, sit." Arahku. Haih, bukan boleh rasa tercabar budak ni.

Dia pun dah tengok muka angin aku, terus duduk sambil mencebik mulutnya.

"Dah, kita sambung. Sambung means continue." Ajakku.

Aku terus menyambung kuliah bahasa Melayu tak berbayar kepada Deniz.

Sehinggalah telefonku berdering minta diangkat.

Aku lihat nama pemanggil. Zayden. Dah agak dia nak tanya aku apa.

Aku tukar mod ring kepada silent mode. Malas nak layan. Tak ada mood.

Deniz melihat tingkah lakuku. Dia berasa pelik.

"Siapa call?" Soalnya sudah mengaplikasikan penggunaan bahasa Melayu.

"Tak kenal. Salah nombor kut. Nantilah jawab." Kataku selamba.

"Zayden right? Just pick up the call. What if something bad happened?" Arahnya.

Aku julingkan mata ke atas. Memang bad tu dah berlaku pun. Kalau Zayden bijak, dia takkan percaya minah yang entah sapa-sapa tadi bagitahu yang aku curang.

"No need for now. I'm not in the mood to talk to him." Katanya.

Deniz yang tak tahu apa-apa hanya diam dan mengangguk. Baguslah dia tak nak masuk campur. Kalau tidak memang kena ketuk kepala sekali lagi.

***

Zayden yang baru bangun dari tidurnya terus terkejut apabila rakan sekerjanya Soleha menghantar mesej bahawa dia melihat tunangnya sedang berdating dengan lelaki lain.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now