"Kau masih terfikir pasal laki tadi ke?" Soal Zayyed.
Ketika itu, kami sedang beratur menunggu giliran untuk menempah tiket.
Aku terdiam seketika. Memang betul tekaannya. Aku masih rasa ingin tahu tentang kes treler rempuh mangsa itu.
Siapa mangsa tu? Aku nak tanya lebih-lebih pada Zayyed, tapi aku yakin dia takkan jawab sebabnya aku orang biasa. Layak untuk tahu hal-hal biasa.
"Agaklah. Tak sedap hati sikit." Kataku.
Dia pandang aku kemudian tunduk ke bawah.
"Kau tak payahlah risau. Nanti aku inform pihak polis. Jangan masuk campur Hanna. Bahaya. Kau tu perempuan." Ujarnya.
Aku rasa ini pertama kali dia panggil nama aku. Walaupun nama palsu.
Bahaya? Sebab aku perempuan? Kalaulah dia tahu aku ni lagi bahaya daripada kebanyakan orang lain. Bukan nak berlagak tapi memang itulah hakikatnya.
Setiap penjahat wanita selalunya tak pandai berlawan sangat, jadi mereka suka menggunakan taktik 'seduce and charm' untuk memusnahkan musuh dan mencapai target mereka.
Tapi aku lain, dari kecil aku diajar oleh keluarga angkat aku untuk jadi berani dan gagah. Walaupun aku ni wanita.
Cara aku agak lain daripada penjahat wanita yang lain. Aku suka guna taktik 'cruelty and violence'. Sememangnya lebih cepat daripada manipulasi.
Tapi, manipulasi adalah penting untuk berjaya. Sebagai pembunuh, aku harus licik dan halus.
"Okey." Jawabku. Buat-buat aku mengalah dan tidak jadi untuk mengorek lebih dalam.
Akhirnya, tiba giliran kami untuk menempah tiket dan cerita wayang.
"Kau nak tengok cerita apa?" Soal Zayyed sambil memandangku.
Aku lihat pilihan-pilihan movie yang ada.
Disebabkan aku kurang gemar menonton cerita apatah lagi romantika, jadinya aku memang buntu nak pilih.
"Saya ikut awak. Saya tak tahu nak pilih apa." Jujurku.
"Kalau macam tu, kita tengok cerita nilah." Katanya sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah satu pilihan cerita.
Tajuknya Choose. Cerita genre aksi dan romantik. Cerita barat. Aku tak pasti cerita ni tentang apa, tapi nampaknya tentang seorang tentera dan seorang gadis.
"Boleh je." Jawabku setuju. Zayyed terus membayar tiket untuk dua orang.
Setelah beberapa minit, kami terus masuk ke panggung bersama bertih jagung.
***
"Cerita ni tentang apa? Kenapa awak pilih?" Soalku semasa menunggu cerita terpapar di skrin yang besar ni.
"Sebab cerita ni mengingatkan aku tentang seseorang. Kau kata kau okey je kan mana-mana?"
"Saya tak kisah. Pasal tentera dengan awek dia ke?"
"Kau tengok je lah dulu."
Sudahnya, aku diam sahaja. Nampak gayanya ini cerita romantik. Haraplah aku tak terlelap.
Cerita mula. Aku dan Zayyed sama-sama fokus untuk menonton wayang sambil makan bertih jagung.
Ada satu scene di dalam cerita itu yang menunjukkan seorang pembunuh lelaki yang menggunakan taktik yang kononnya hebat.
Pembunuh itu memakan pil 'kuda' untuk menambah tenaga supaya dia dapat membunuh banyak ahli tentera di situ. Kononnya hebat. Padahal sebenarnya taktik itu sangat mudah dibaca oleh ahli tentera.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...