BAB 67

382 29 0
                                    

Aku anggukkan kepalaku apabila Zayyed jelas risau denganku.

"Sikit je ni." Ujarku selamba.

Setakat melecur, bagi aku tak teruk sangat.

"Banyak kau punya sikit. Dah tu ambulan datang. Jom." Katanya.

Aku hanya akur.

***

Selepas doktor merawatku, aku dan Zayyed terus bergerak ke balai polis. Untuk soal siasat.

Aku cuma ditanyakan beberapa soalan. Dan aku bagitahu yang aku rasa patut mereka tahu.

Seperti, aku hampir menjadi mangsa mereka berempat tadi, hampir menjadi mangsa rogol oleh lelaki yang Zayyed jumpa dalam tandas tadi.

Dan kisah tentang organisasi itu. Mereka juga jelas terkejut. Seperti baru kali pertama mendengar tentang organisasi itu.

Nasib baik polis lepaskan aku sebab aku dikira mangsa keadaan.

Ketiga-tiga lelaki yang berada di dapur tadi termasuk Tom sudah mati. Hanya tinggal Jefri. Dia sudah berada di dalam lokap.

Setelah itu, aku dan Zayyed sama-sama pulang.

Sepanjang di dalam kereta, kami hanya diam. Aku juga tak rasa macam nak buka mulut.

Kami sampai di depan rumah papa. Aku buka pintu dan terus masuk ke dalam rumah.

"Tya, wait!" Panggilnya.

Aku yang baru nak panjat tangga, terus berhenti. Pusing badanku ke arahnya.

"Saya cerita esok boleh? Badan saya masih pedih." Jujurku.

"Kau buat apa dengan Jefri dalam tandas tadi?" Soalnya.

Haih, nampaknya aku kena explain juga sekarang.

Aku hembus nafasku perlahan.

Aku cerita segala-galanya kepada Zayyed. Supaya dia tahu cerita sepenuhnya.

"Jadi, saya dengan Jefri tu tak buat apa-apa pun. Awak jangan repot dekat Zayden pulak. Nanti saya bagitahu sendiri." Ujarku.

Zayyed sepertinya masih risau denganku.

"Tya, tangan kau teruk melecur. Betulke kau okey?" Soalnya lagi.

Dan aku masih sama. Mengangguk.

"Saya okeylah. Dah saya nak rehat. Jangan ganggu." Tegasku.

Dia masih diam.

"Aku minta maaf sebab lambat tolong kau. Waktu aku nampak kau dekat tandas, aku terus masuk dalam tandas pastu tengok-tengok, ada lelaki yang berdarah teruk pengsan dekat tandas tu."

"Aku tahu memang kerja kau. Nasib polis tak kata apa-apa. Pastu, aku patah balik ke kafe. Cari kau merata. Rupanya kau dekat restoran tu lagi."

Mukanya jelas rasa bersalah. Aku pula yang rasa kesian.

"Ala, tak pe. Saya masih bernafas la. Dah saya nak rehat ni. Awak pun pergi la rehat." Pesanku.

Akhirnya, dia mengangguk. Aku bersyukur mama dan papa masih kerja.

Sebab aku malas dah nak cerita pada awal. Pandai-pandailah Zayyed cerita.

***

Pejam celik, pejam celik, hari ni Zayden akan balik rumah.

Betapa gembiranya aku usah dikata. Dia kata malam ni dia sampai. Aku memang teruja sungguh.

Tetiba, aku rasa macam nak melawa pulak untuk cik suami.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now