Sudah dua minggu aku di sini, macam-macam perkara yang aku buat.
Contohnya, teman Deniz pergi buat kertas kajian dia tuh, pergi teman Anne pergi shopping dan bawa Defne naik basikal.
Memang seronok. Terubat rinduku pada bumi Istanbul.
Hari ni pulak, aku kena bawak Defne naik basikal lagi, katanya nak hirup udara segar.
Aku pun ikutla arahan puteri raja seorang ni.
"Abla! I want that bread! Can I?" Mintanya sambil jari menunjuk ke arah satu gerobok yang menjual roti.
Aku berhentikan basikal di sebelah gerobok itu.
"Which one do you want, Defne?" Soalku. Dia melihat pelbagai jenis roti di situ.
Jarinya menunjukkan ke satu roti. Aku terus lihat.
Simit Bread. Roti berbentuk bulat yang mengandungi sesame seeds. Rupanya seperti bagel.
"I want this, sir. One only." Ujarku. Penjual roti tu hanya mengangguk seraya mengambil roti itu untuk dibungkus dengan kertas.
Setelah siap, dia menyuakan aku roti itu, aku terus ambil dan bayar.
Setelah itu, aku suakan kepada Defne.
Terus laju dia ingin menyua ke mulutnya."Defne, bismillah. Recite bismillah." Tegurku. Dia terus menekup mulut dan mula membaca bismillah.
Setelah itu, terus dia makan dengan berselera sekali.
Aku hanya memandangnya. Gembira.
Tetiba, aku teringatkan Zayden. Dia pernah menegurku sebegitu. Perasaan rindu datang menerpa.
Aku cuba tepis sebaik mungkin.
Terus, aku kayuh basikal itu kembali. Membawanya keliling taman yang luas itu.
Sambil aku sedang mengayuh, tetiba ada seseorang melintas di hadapan basikalku.
Tindakan refleks, aku terus membrek basikalku. Defne jugak terhinjut kedepan. Jelas riaknya terkejut.
Aku hembus nafas lega. Nasib baik tiada sesiapa cedera.
"Hey, what's wrong with you man? Are you blind? I nearly got my baby in an accident!" Gertakku marah.
Nampaknya dia sedang mengejar kucing. Kucing ni pun salah jugak.
Tengoklah kiri kanan dulu. Haish.
Defne terus memelukku erat. Takut.
Lelaki itu terus memegang kucing yang dikejarnya tadi.
Dia angkat muka. Aku pandang wajahnya.
Mulutku ternganga. No way! No, no no.
Zayden!
Dia melihatku terkejut, terus senyum manis.
Wah, senyumannya tak pernah tak bagi hati aku cair. Haip! No Tya!
"Abla?" Soal Defne di belakangku.
Aku terus berdehem. Nafas aku tarik perlahan.
"Excuse me." Ujarku ingin Zayden memberikanku laluan.
Dia masih memandangku. Dia ni pekak dah ke lepas berminggu-minggu tak jumpa?
"Sir, back off!" Getusku.
Dia terus kembali ke realiti. Dia juga berdehem.
"Tya, long time no see." Ujarnya ingin memulakan perbualan.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...