Harini aku bawak Sofea pergi bercuti di Sabah. Aku saja nak bawak dia. Sebab aku dapat rasakan yang dia ni tak pernah bercuti ke mana-mana.
Lihat sajalah ayah dia. Nasib dah mati. Anak buah dia aku perasan macam tengah cari Sofea. Nasib, aku ada dengan dia. Sekurang-kurangnya aku tahu dia masih selamat.
Pagi tadi pun, tetiba aku bangun awal pagi. Pukul 6.00 pagi aku dah bangun. Pastu melihatkan beg telekung tu, aku buat keputusan untuk solat Subuh.
Dan jujur, aku ada lupa sikit macam mana nak solat. Jadi, aku cuba baca dekat Internet, tapi aku tak faham.
Jadinya, aku telefon Tasnim. Nasib dia pun dah bangun. Dia memberi tunjuk ajar kepadaku melalui video yang dia hantar. Baru aku faham.
Dan aku paling tak boleh lupa dengan pesanannya pagi tadi.
"Hanna, saya gembira sangat bila awak bangun untuk solat Subuh harini. Alhamdulillah, doa saya makbul! Teruskan istiqomah ya. Nanti kalau ada rezeki, kita jumpa lagi tau." Ujarnya.
Jujur, aku sangat terharu dengar. Dia mendoakan kebaikan untuk aku. Jadi, inikah sikap sebenar orang Islam?
Aku jelas-jelas dah terpesong. Tapi, hatiku belum rela untuk tinggalkan pekerjaanku itu.
***
Aku dan Sofea akhirnya sampai di Sabah dengan menaiki private jet aku. Kami check in hotel dahulu sebelum bergerak ke destinasi pertama.Desa Cattle Dairy Farm. Itu destinasi pertama kami. Sofea yang ingin ke sana. Katanya teringin nak rasa susu segar.
Aku pun ye ye kan jelah. Kami bercuti di sini pun cuma dua hari. Lepastu, aku kena pergi ke Itali awal sehari sebelum yang dijanjikan. Memang gayaku sebegitu.
Kawasan di sini memang menenangkan. Hampir persis seperti di Switzerland. Sofea sedang melihat sekumpulan lembu di situ. Aku hanya membiarkannya sahaja bersuka ria di sini.
Aku keluarkan telefon pintarku buat seketika. Buka artikel semalam. Mata aku meluas.
Angel palsu masih hidup! Sudah hampir beberapa hari dia tak buat kerja bodoh dia. Tetiba semalam, dia dah berjaya bunuh seseorang.
Aku baca artikel itu.
"14 OKTOBER 2019 : ANGEL KEMBALI! PIHAK POLIS MENEMUKAN MAYAT SEORANG LELAKI BERUMUR 51 TAHUN DITIKAM BERKALI-KALI SEHINGGA MATI PADA PUKUL 11.50 MALAM."
"Inspektor Ahmad berkata : "Di pergelangan tangan mayat itu, masih terdapat torehan nama 'Angel'. Membuktikan Angel sudah kembali setelah lama menghilangkan diri. Pihak kami akan terus memantau."
Aku menekup mulutku dengan tangan. Aku ingat dia dah mati ke apa? Masih hidup?
Dan sekali lagi, dia menjaja identitiku untuk perhatian polis. Aku yakin si Zayyed tu tengah memulakan langkah menangkap Angel palsu itu.
Aku lihat wajah mangsa. Sekali lagi, mataku terlopong. Wajah lelaki itu sama dengan lelaki tua yang menghinaku semalam!
Pukul 11.50 malam? Aku rasa aku masih membazir minyak berlegar di sekeliling bandar.
Aku mula syak sesuatu. Adakah si Angel palsu ini cuba untuk menghapuskan siapa yang menyakitiku? Maknanya selama ini dia masih memperhatikanku tanpa sedar?
Tah-tah sekarang pun dia tengah tengok aku. Aku tak rasa takut. Sebaliknya, aku kena gunakan peluang ini untuk tangkap tak guna tu.
Aku menoleh sekeliling. Semua orang di sini, semuanya buat hal masing-masing. Tak ada pula yang nampak mencurigakan. Mungkin dia tak tahu aku ke Sabah rasanya.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...