BAB 32

413 27 1
                                    

"Akak bawak Safia pergi Turkey?!" Soal Sofea teruja sekali.

Aku senyum lalu mengangguk. Melihatkan reaksiku, dia terus melompat kegirangan.

Aku mula bercerita tentang keluarga angkatku. Macam mana aku boleh menghilangkan diri bertahun-tahun kerana dijaga oleh keluarga di sana.

Dan aku merancang untuk bawa Sofea dan kami terus tinggal bersama-sama dengan papaku.

Aku sudah maklumkan kepada papaku. Dia bersetuju saja. Lagipun, di Turkey lebih selamat berbanding di sini.

***

Namun, semuanya sudah terlambat. Sofea dah pergi meninggalkanku.

Begitu juga Rizzo. Lelaki yang aku tak sangka sama sekali ada perasaan terhadapku.

Kalau saja aku tak pernah bertemu dengan Zayden, mungkin sekarang ni aku sedang bercinta dengan Rizzo.

Pasangan pembunuh. Aku dan Rizzo.

Tapi Allah lebih tahu, dia bukan terbaik untukku. Dan bukan jodohku. Aku harap dia tenang di sana.

Dan sekarang, aku sudah selamat sampai ke darat, aku bawa Sofea ke hospital untuk diletakkan di bilik mayat untuk diproses.

Aku sudah memberitahu Vecchio untuk uruskan segala hal soal siasat. Dan nasib baik anak dia tak khianati aku, dia betul-betul datang UK dan tolong aku.

Ayah dia entah mana, benci aku. Kalau aku nampak muka dia lagi, siap dia, aku pijak lumat-lumat.

Dan aku request supaya mayat Sofea ditanam di dalam tanah. Pihak masjid Islam di UK banyak membantu proses pengebumian Sofea.

Aku sedang duduk di hadapan kubur Sofea.

Aku sudah tak menangis. Mungkin penat sangat kut. Sepanjang perjalanan aku di atas bot, memang aku menangis teruk.

Air mata pun dah minta berhenti. Penat sangat.

Setelah selesai membaca yaasin, aku terus bangun dan lipat tikar.

Kemudian, aku pergi ke kereta milik Vecchio. Pemandunya membukakan pintu untukku. Aku terus masuk.

"Are you okay, now?" Soalnya prihatin. Sejak-sejak nampak batang hidung lepas aku selesai mendarat, memang aku terajang dia puas-puas.

Dia pun bila dah tahu cerita sebenar, memang benarkan aku terajang dia walaupun semua salah ayah dia.

"Kinda." Kataku. Suara masih sengau akibat banyak menangis. Mata pun bengkak teruk sampai aku kena pakai kaca mata hitam.

"Let's eat. You don't eat anything at all since you arrived here." Ajaknya. Aku hanya mengangguk. Memang perut lapar.

Pemandunya terus membawa kereta ke restoran.

Kepalaku masih terngiang-ngiang wajah ceria Sofea. Dan senyuman Rizzo.

Dan wajah manis berlesung pipit Zayden.

I think I ruined it all!

Mengenangkan mereka, air mata yang berhenti kerja, terpaksa sambung pekerjaan balik. Laju saja menuruni pipi.

"You want tissues?" Soal Vecchio.

Aku geleng kepala. Malaslah. Biar je la dia nak mengalir. Aku bukan pakai mekap pun. Lip balm dan sunscreen sahaja.

***

"I want Shepherd's Pie. And plain water." Pesanku.

Pelayan itu hanya mengangguk selepas mengambil pesanan kami berdua.

"I'm sorry for everything. You must suffer a lot." Ucapnya kesal.

Aku cuma diam. Nak bukak mulut pun dah tak larat. Lagipun, dari semalam lagi, Vecchio ni minta maaf. Tak larat aku nak balas dah.

"What can I do to make you forgive me?" Soalnya.

Aku pandang wajahnya.

"Don't disturb me again. I'll quit. I don't wanna be an assassin anymore." Ujarku.

Vecchio agak terkejut. Kemudian, angguk faham.

"Okay, fine. But if you need money, just tell me and I'll give you as much as you want. For free." Tawarnya.

"Alright. Thank you." Ucapku. Dia senyum apabila aku tidak menolak tawarannya.

Akhirnya, makanan kami sampai. Tanpa membuang masa, aku terus makan sepuasnya.

***

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now