Aku bermimpi benda yang sama lagi. Di dalam mimpi, itu Zayden mengungkapkan ayat itu dan menembak dirinya lagi.
Akibatnya, aku terus terbangun dari tidur. Pukul 1 pagi jugak. Waktu yang sama.
Zayden juga terbangun sebab terkejut melihatkan aku cuba mengatur nafas yang tercungap-cungap.
Zayden terus peluk aku dalam dakapannya. Cuba menenangkan aku yang masih takut.
Dia sudah tahu tentang mimpi pelik aku ini. Tapi dia cuma cakap semua itu hanyalah mainan syaitan.
"It's just a nightmare, love. I'm here. Your husband is here, love. Safe and sound." Pujuknya.
Perlahan-lahan, nafasku mula teratur kembali. Aku mula rasa tenang.
"Dah sambung tidur sayang." Arahnya seraya mencium dahiku.
Aku hanya angguk dan kembali ke posisi tidur tadi. Begitu juga dengan Zayden.
***
Mak ai, nak dekat dua jam aku cuba tidur. Tak boleh.
Aku kerling ke arah Zayden. Dia memang nyenyak tidur. Malas nak ganggu dia suruh buat baklava lagi.
Aku rasa nak makan baklava lagi. Bahan-bahan dia entah ada lagi pun aku tak tahu.
Aku bangun dari katil dan terus buka pintu untuk turun ke dapur.
Bahan-bahan masih ada. Cukuplah setakat nak buat satu. Kemudian, terus aku masak baklava pukul 3 pagi.
Tengah aku masak, tetiba Zayden datang ke arahku. Alamak! Mesti dia terganggu dengar bunyi ketang-ketung dekat bawah ni.
"Tya ganggu abang tidur ke?" Soalku rasa bersalah.
"Taklah sayang. Abang yang terjaga. Ni sayang buat baklava lagi ke? Nanti loya macam mana?" Soalnya risau.
Aku mencebik. Dah nak siap dah pun.
"Ala, Tya lapar baklava la abang." Ujarku.
Zayden hanya menggeleng seraya pergi ke arah singki untuk membasuhkan segala peralatan memasak yang aku guna tadi.
Setelah dah siap baklava. Aku duduk di kerusi makan ditemani Zayden. Dia hanya perhatikan aku makan.
"Aik, tak muntah pulak. Abang buat, sayang muntah. Padahal sama je." Getus Zayden hairan.
"Entah. Hormon kut abang. Tya boleh pulak makan baklava kalini. Pukul 3 pagi pulak tu." Selorohku seraya tersengih ke arah Zayden.
Dia hanya senyum sambil menonton aku makan.
"Abang sayang Tya tak?" Soalku tetiba. Zayden terus mengerutkan dahinya.
"Kenapa sayang tanya ni? Mestilah abang sayang." Ujarnya.
Aku terus senyum gembira. Aku pun tak tahu kenapa aku tanya.
"Saja. Mana la tahu. Nanti Tya tak sempat nak habiskan hidup bersama abang." Gurauku.
Terus, dahiku dijentik perlahan. Aku hanya tersengih lagi.
"Dah jom tidur. Awal lagi ni. Meh, pinggan tu abang basuhkan." Arahnya.
Aku macam tak bagi, sebab aku nak basuh sendiri. Dah lah yang lain dia dah basuh.
Tapi, dia terus rampas pinggan itu lalu dibawa ke singki untuk dibasuh.
Kemudian, kami sambung bergerak ke bilik sekali lagi. Dan akhirnya, dapat juga aku tidur dengan lena.
Tu pun, Zayden yang tepuk badanku perlahan-lahan macam ibu yang tidurkan anaknya.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...