Tepat pukul 8.00 malam, aku dah tercegat di depan Lit's Cafe. Dan beberapa saat selepas itu, datang kereta BMW berwarna putih itu.
Aku rasa dia ni orang berduit. Tapi, lantaklah dia tu nak kaya ke apapun. Aku tak ada masa nak kikis harta dia. Aku sendiri pun ada kereta mahal.
Kemudian, dia keluar daripada kereta itu. Datang ke arahku. Dia segak berpakaian kot panjang berwarna coklat dan baju knitwear hitam di dalam.
Aku agak terpegun sebentar. Cepat-cepat aku alihkan pandangan. Tak selesa.
"You look beautiful, my Angel!" Pujinya. Badanku automatik mengeras sesaat. Kemudian, aku berlagak tenang.
"Tak payahlah puji-puji. Saya tak selesa. Cepatlah, kata nak pergi restoran." Ujarku. Aku memang tak berapa pandai sangat bab-bab berkomunikasi. Jadi, aku hantam sahaja.
Dia hanya senyum manis seraya membuka pintu kereta untukku. Tak pernah-pernah orang layan aku macam anak raja ni. Terharu juga rasanya.
Aku pun masuk ke dalam kereta Zayden. Bau minyak wanginya menerpa hidung.
Disebabkan bau ini buat aku tak selesa, aku ambil minyak wangi Dior dalam beg tanganku, dan semburkannya di tangan dan leherku.
Zayden agak sedikit pelik dengan tindakanku.
"Awak tak suka bau minyak wangi saya ke?" Soalnya. Mukanya jelas riak sedikit kecewa.
"Eh bukannya tak suka. Saya tak suka bau minyak lelaki. Sakit hidung." Kataku sambil memegang hidungku tanda tak suka.
Tetiba, dia ketawa. Aku pandang dia semacam. Apa benda dia ni?
"Ingatkan awak bagi hint awal yang awak tak suka saya. Baru nak nangis." Ujarnya. Dia terus memandu keluar dari perkarangan kafe itu.
"Saya tak suka semua lelaki. Dan semua lelaki tak suka saya." Jujurku. Aku pun tak tahu kenapa aku jujur. Zayden ada satu aura yang boleh buat aku rasa nak cerita semua benda keturunan aku dekat dia.
Pelik kan? Dulu aku rasa aura yang bahaya, sekarang bila dah kenal rasa aura yang selesa.
"Saya lelaki. Tapi saya suka awak. Macam mana tu?" Ujarnya ingin mengusik. Mukaku mula menunjukkan kemerahan. Cepat-cepat aku tepis tepi.
"Awak akan benci saya jugak nanti. Saya ni bukan baik sangat." Selorohku. Baru sedar ayat aku, terus aku menekup mulut. Jangan terlalu terbuka sangat, Angel!
Dia pandang aku sekilas. Kemudian, senyum manis.
"Well, saya pun bukan baik sangat. Setiap orang akan ada yang benci kita, dan setiap orang juga akan ada yang suka dengan kita. Begitu juga dengan diri kita. Jangan benci semua orang hanya sebab semua orang benci kita." Ujarnya panjang lebar.
Aku hadam ayatnya. Tapi, dia belum tahu diriku yang sebenar. Ada sebab kenapa aku benci banyak benda.
Sudahnya, aku hanya diam. Sekali lagi, dia bertanya kepadaku.
"Awak okey? Saya ada salah cakap ke? I'm so sorry!" Getusnya rasa bersalah.
"Saya okey je la. You speak the truths. No need to say sorry. Thanks for that." Kataku sambil senyum memandangnya. Lama aku tak senyum banyak kali macam ni.
Dia senyum lagi. Sungguh, senyumannya buat aku rasa sesuatu. Tapi, aku tak boleh ada walau sedikit pun perasaan itu. Satu hari akan membunuhku secara senyap.
Akhirnya, kami sampai ke restoran itu. Ramai juga yang datang sini. Nampak mewah dan selesa.
Zayden membuka pintu untukku. Aku juga keluar daripada perut kereta itu. Kami masuk ke sana.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...