BAB 60

446 34 0
                                    

"Sayang, bangun. Subuh." Kejut Zayden.

Aku perlahan-lahan membuka mata. Adeh, penatnya rasa.

Macam mana tak penat, aku baru lelap 30 minit yang lepas, dah kena kejut dengan cik abang ni.

Dia peluk aku kuat sangat. Dia ingat aku ni senapang dia ke yang dia nak peluk erat betul?

Aku bangunkan badanku 90 darjah. Aku menguap perlahan. Zayden terus mengucup dahiku lembut.

"Jom, solat sekali." Ajaknya. Aku mengangguk.

Terus, aku bangun dari katil.

Tetiba, aku terjelepok jatuh terduduk di atas lantai.

Zayden yang sedang mengambil wuduk terus menerpa ke arahku.

"Sayang, okey tak ni?" Soalnya risau.

Aku cuba mengerlipkan mataku. Aku rasa pening sebab tidur terlampau lewat.

Zayden cuba memangku aku untuk bangun. Setelah itu, dia mengiringiku ke bilik air.

Dia membasahkan tangannya dan membasahkan sedikit air di tangannya di wajahku.

Perlahan-lahan baru aku boleh fokus dari mamai dan pening.

"Terima kasih." Ucapku.

"Welcome, love." Katanya.

Aku terus mengambil wuduk. Dia juga terpaksa ambil sekali lagi.

Setelah kami selesai solat subuh secara berjemaah, aku terus menghempapkan badanku di atas katil.

Ngantuknya!

Terasa katil seperti dihempap seseorang juga, aku toleh ke belakang.

Zayden sedang berbaring mengiring ke arahku.

"Sayang, tak elok tidur membe..." Belum sempat dia menghabiskan katanya, aku terus bangun dan berjalan ke sofa.

Terus, aku baring di atas sofa menghadapnya.

"Saya tahu, tak elok membelakangkan suami kan? Ni, saya menghadap awak. Dah saya nak lelap sekejap. Ngantuk." Selorohku.

Zayden rasa tercabar. Dia terus bangun juga dari katil dan menghala ke arah sofa tempatku tidur.

Tetiba, dia menghimpit untuk baring di sebelahku.

Ya Allah, terbenam aku! Betapa keciknya badan aku ni walaupun tinggi.

"Ya Allah, buang tabiat ke apa nak menghimpit dengan orang?!" Bentakku. Rimas pulak rasa.

Dia masih tidak mahu berganjak. Aku sudah mula rasa tak boleh nafas. Dekat sangat dengan dadanya.

"Sapa suruh tidur dekat sofa?" Getusnya selamba.

"Saya nak tidur dekat sofa, awak pergilah tidur dekat katil." Kataku.

"Kenapa sayang tak nak tidur dengan abang?" Soalnya.

"Dah awak tu peluk ketat sangat. Saya tak boleh tidur dengan aman, tahu?" Jujurku geram.

Dia ketawa. Apa ingat aku main-main ke?

"Peluk saya macam peluk kereta kebal. Sakit tulang saya." Bebelku lagi seraya cuba menolaknya jatuh ke bawah.

Macam tolak dinding, langsung tak berganjak.

Aku dah mula nak marah. Tanpa membuang masa, terus aku gigit lengannya.

Terus, dia mendengus kesakitan seraya bangun dari sofa.

Haa tahu pun. Nak lagi menghimpit dengan aku.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now