BAB 66

387 31 0
                                    

Setelah aku yakin penampilanku seperti tadi, dan aku kunci lelaki tadi di dalam salah satu bilik tandas di sini, aku terus buka pintu tandas yang dikunci tadi.

Setelah aku buka pintu, ada seseorang di depanku. Aku angkat muka untuk memandangnya.

Zayyed! Ya Allah! Dia ni aku suruh tunggu dekat kafe, dia buat apa ikut!

Matanya jelas terkejut. Ye lah, aku keluar dari tandas lelaki yang dikunci.

"Kau buat apa dekat sini? Ni tandas lelaki." Katanya.

Aku telan liur. Nak cerita tapi aku dah tak ada masa nak cerita dari awal.

"Nanti saya explain. Saya kena pergi." Kataku.

Terus, aku meninggalkannya di situ. Maaf, Zayyed. Saya memang nak bagitahu, tapi saya kena cepat. Sebelum mereka serang kafe tu.

Aku yakin Zayyed jelas terkedu. Harap-harap lah dia tak salah faham.

Setelah sampai di depan pintu cef itu, aku lihat ke tingkap bulat itu lagi, untuk melihat adakah mereka di situ.

Mereka masih ada! Mesti menunggu lelaki tadi.

Disebabkan aku rasakan tak payah nak berlakon lagi. Aku masuk sekali lagi ke dalam bilik itu.

Mereka mengalihkan pandangan ke arahku.

Dan riak mereka jelas keliru. Tambah-tambah si Tom and Jerry itu.

"Mana lelaki yang teman kau tadi?" Soal si Tom.

Aku kerling sekilas ke arah bahagian kutleri dan alatan memasak.

Aku jalan perlahan-lahan ke arah itu. Mereka masih memerhatikan aku.

Terus, aku ambil pisau besar dan frying pan. Pisau-pisau lain juga aku ambil dan simpan di poket-poket yang ada di pakaianku. Sebagai senjata dan shield. Jadilah tu.

"Aku tanya mana lelaki tadi?" Soal Tom lagi.

Aku jalan ke arah mereka. Berdoa banyak-banyak semoga masih hidup. Begitu juga mereka.

Aku berdiri di hadapan mereka. Mereka masih keliru.

Aku buka pelitup mukaku dan lemparkannya ke atas lantai.

Aku angkat mukaku supaya mereka pandang dengan jelas wajah cantikku ini.

Mata mereka jelas terbuntang. Terkejut.

"Patut, Jefri tak ada. He's with Angel." Kata Tom sambil tersengih.

Terus, dia mengerling sekilas ke arah rakannya di sebelah.

Lelaki itu terus cuba menembak bahuku.

Tapi, aku berjaya elak.

The war begins now.

Aku keluarkan pisau dari poketku dan terus sasarkan ke arah mata lelaki itu.

Tapi, dia berjaya elak. Mereka mula mengacukan pistol padaku.

Cis! Tiga lawan satu!

Aku pandang sekeliling. Ada beberapa botol sos cili di situ. Dan ada juga beberapa rempah ratus di kabinet di sekitarnya.

Aku terus berlari ke arah itu. Mereka mula menembakku. Nasib ada frying pan. Aku cuba pukul peluru-peluru yang datang ke arahku.

Sebaik sahaja tiba di situ, aku terus tunduk dan menyorok di bawah dapur masak.

Capai sos dan lada hitam. Haih, macam lawak aje cara aku lawan. Memalukan tapi apa pilihan yang aku ada.

Terus, aku bangun dan berjalan semula ke arah mereka.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now