"Alhamdulillah, ya Allah!" Kata papa dan mama serentak.
Zayden yang beritahu mereka setibanya kami di sini.
Aku hanya diam. Zayyed dan Zayra juga ada. Mereka turut mengucapkan syukur.
"Wahh, nanti abang jadi pak long la kan?" Kata Zayyed teruja.
Kami berdua mengangguk.
"Pastu kau dik, kau jadi mak cik. Kenalah dengan kau." Gurau Zayyed terus ketawa.
Alamatnya, paha Zayyed dicubit kuat oleh Zayra. Memang sengaja cari pasal.
Papa dan mama hanya menggeleng. Macam-macam anak sulung mereka ini.
"Tya sayang, sepanjang Tya mengandung, Tya duduk sini ya. Biar mama dan pembantu rumah yang jaga." Arah mama.
Aku hanya angguk. Lagi bagus, tak gaduh fikir nak masak apa dekat Zayden nanti.
Tetiba, kedua-dua telefon Zayden dan Zayyed berdering minta diangkat. Mereka berdua pamit untuk ke tempat lain sebentar.
Aku mula hairan. Kenapa serentak call? Macam hal penting aje.
Selepas beberapa minit mereka datang kembali.
"Ada hal apa-apa ke?" Soal papa.
"Haa aa. Urusan kerja. Dapat tugasan baru." Kata Zayden.
Papa hanya mengangguk.
Haa tak de! Aku nak korek juga nanti.
***
"Abang, tell me what happened?" Soalku ingin tahu.
Zayden senyum.
"Pasukan abang, dan pasukan Zayyed dapat tugasan bersama untuk membanteras The Dark Triad. Arahan pihak atasan. Terima kasih sebab sayang bagi segala bukti haritu dekat abang. Mereka terus cuba analisis." Jelas Zayden.
Aku jelas terkejut. Dan bersyukur. Akhirnya, dapat juga bantuan untuk tangkap geng tu.
Aku hembus nafas lega. Sangat bersyukur. Sekarang aku rasa lebih selamat.
"Nak ikut abang dengan Zayyed." Mintaku.
Terus laju Zayden menggeleng.
"Tak boleh! Titik. Sayang mengandung. Memang tak boleh. Walaupun abang percaya sekalipun sayang boleh lawan, tetap tak boleh, sayang kena jaga anak kita." Marahnya.
Aku terus mencebik. Merajuk. Tahu.
Tapi, apa yang dia cakap memang betul. Sangat berisiko untuk anak kami nanti."Yelah, abang. Tapi, abang kena pastikan abang jaga diri tau. Tya tak nak anak ni tak ada ayah." Jujurku selamba.
Zayden memelukku. Mengusap belakang kepalaku.
"In syaa Allah. Abang okey punya." Katanya cuba meyakinkan aku.
"Abang, tadi Tya pergi klinik Dr Haris. Suami Tasnim. Muka dia nampak pucat. Dia dengan Tasnim macam gaduh je." Aduku.
Zayden sedikit tersentak.
"Sayang, lepasni jangan pergi klinik tu lagi. Abang rasa tak sedap hati." Arahnya.
Aku kerutkan dahi. Hairan.
"Kenapa pulak abang? Haris tu kan kawan abang." Ujarku.
"Abang tahu. But something's off with him. Abang rasa tak sedap hati. Sayang pergi klinik lain ya?" Mintanya.
Dah dia tak kasi, nak buat macam mana kan?
Aku hanya angguk. Akur dengar arahannya.
Kemudian, dia pamit untuk ke tandas. Aku pula terus duduk di sofa. Ambil telefon lelaki yang aku ambik masa dekat Putrajaya dulu.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...