BAB 78

402 30 0
                                    

Sudah 6 bulan lebih aku mengandungkan zuriat Zayden. Rasa sangat letih walaupun aku tak buat apa pun.

Pada masa yang sama, aku rasa tak sabar nak tunggu baby ni keluar.

Harini, Zayden kena pergi misi lagi. Kalini dia dapat jejak sharkbait. Dia di Thailand rupanya.

Jadi, kalini dia kena pergi agak lama. Entah berapa hari.

Tetiba, aku rasa emosional. Rasa macam lepas ni aku takkan jumpa dia dah. Entahlah aku rasa macam tu.

Aku mengiring Zayden hingga ke keretanya seperti biasa. Lauk yang aku masak aku serahkan kepadanya juga seperti biasa.

Aku salam tangannya dan dia cium kepalaku lama. Nampaknya kami juga berfikiran yang sama.

"Sayang, jaga diri okey. Duduk rumah dengan Zayra tau. Zayyed nanti dia balik minggu depan." Katanya.

Aku hanya mengangguk.

"Abang." Panggilku.

"Ye sayang?"

"Tya cintakan abang. I love you so much. Halalkan segalanya bagi Tya. Abang jaga diri baik-baik. Maafkan semua salah Tya dekat abang." Pesanku.

Macam pesanan terakhir pula.

Zayden terkedu. Dia terus peluk aku erat. Kemudian, cium perutku yang mengandungkan anaknya ini.

"Abang halalkan segala-galanya untuk sayang. Sayang tak ada salahpun. Dah jangan fikir bukan-bukan lagi. Abang pergi kerja dulu." Katanya lalu terus ke arah pintu kereta.

Aku hanya memerhati keretanya mula beredar dari situ. Akhirnya, air mata yang sedaya upaya aku tahan, jatuh juga ke pipi.

Kenapa hati aku rasa tak sedap?

***

Hari kelima selepas Zayden pergi ke Thailand.

Aku terjaga dari mimpi burukku lagi. Kalini bukan satu pagi. Tapi satu petang. Nafas masih tercungap-cungap.

Peluh merinik di dahi. Aku tarik dan hembus nafas perlahan-lahan seraya beristighfar sebanyak yang boleh.

Tetiba, telefonku berbunyi. Tanda notifikasi masuk.

Aku buka skrin telefon untuk dibaca. Daripada Tasnim.

"Tya, saya dekat depan pintu rumah awak. Tolong buka boleh? Emergency."

Aku sedikit hairan. Kenapa dia mesej? Selalunya dia telefon saja aku.

Tanpa membuang masa, aku capai tudung dan terus turun ke bawah.

"Akak, rasanya macam ada orang ketuk pintu." Kata Zayra datang ke arahku.

"Rasanya kawan akak. Tasnim. Katanya ada hal penting. Zayra tolong buka kejap." Kataku.

Dia hanya akur dan berjalan ke arah pintu.

Setelah aku turun dari tangga, Zayra juga membuka pintu masuk.

Tetiba, ada seorang perempuan bertopeng terus tekup mulut Zayra dengan kain sehingga dia pengsan.

Meluas mataku. Aku terus menerpa ke arahnya tapi tetiba aku dihalang oleh seseorang yang aku sangat kenali.

Dr. Haris!

Aku terus berundur setapak ke belakang. Alamak aku tak ada senjata apa-apa. Dah la perut dah besar.

Aku telan liur. Aku tak boleh nak lawan sangat sebab nanti akan menjejaskan kandunganku.

Dr. Haris terus tolak aku ke dinding tanpa sempat aku mengelak. Aku pegang tangannya dari biarkan badannya menghimpit perutku.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now