BAB 14

469 31 0
                                    

Sudah pukul 8.50 malam, aku sudahpun siap turun ke bawah, ke bilik mesyuarat.

Aku seorang yang menepati masa dan janji. Jadi, aku selalu datang awal.

Mukaku masih bertutup dengan topeng dan jubah. Setakat ini, hanya Rizzo yang tahu aku wanita. Dan disebabkan bertopeng, suara wanitaku dapat ku tutup dengan baik.

Kalau Vecchio tahu aku ni wanita, risau sakit jantung saja. Dia tu anti-wanita.

Pintu bilik mesyuarat itu dibuka luas. Menandakan ada orang yang dah masuk. Aku berlalu ke arah pintu masuk.

Kelihatan Rizzo sedang duduk di salah satu kerusi mesyuarat itu. Vecchio masih belum datang.

"Hello." Ujarku. Rizzo terus mengalihkan pandangannya ke arahku. Dan mengangguk sebagai jawapan sapaanku.

Aku pula duduk di kerusi bertentangan dengannya. Aku lihat dia sedang mengamati pisau kecilnya itu.

"Are you ready for tomorrow?" Soalnya. Aku angguk.

"Yes. I'm so ready. Let's be a good partner, Rizzo." Kataku.

"Alright, so what's your plan?" Soalnya lagi.

Aku ada la terfikir satu rancangan tetapi aku tak pasti bernas atau tak. Baru aku nak balas soalannya, tetiba Vecchio bersuara dari arah pintu masuk dan menapak ke arah kami.

"Ciao. Quindi, voglio informarvi su qualcosa di importante per domani. (Hello. So, I want to briefing about something important for tomorrow.)

Dia terus melabuhkan punggung di hadapan kerusi ketua itu. Kami hanya tekun mendengarkan apa yang bakal dikatanya.

"Ciò che i miei uomini hanno indagato su di lui è che la sera andava sempre a giocare a biliardo nel club. 21:00." (What my men investigated about him was that he always went to play snooker in the club at night. 9pm.)

Tetiba, Rizzo pandang aku.

"Do you understand what he said?" Soalnya. Oh, aku lupa, Rizzo ni tak tahu antara skills lain aku.

Aku belajar banyak bahasa di dunia.

Aku angguk. Dia agak terkejut namun tidak membalas apa-apa. Mesti dia rasa agak bodoh sebab tak tanya awal-awal aku boleh cakap bahasa negaranya. Penat dia berbelit lidah nak cakap bahasa Inggeris.

Kemudian, Vecchio sambung kata-katanya.

"E ricorda, qualsiasi pistola non funziona con lui. Ragazzi, vi suggerisco di fare avvelenamento o qualcos'altro di più nascosto." (And remember, any guns don't work on him. I suggest you guys do poisoning or something else more hidden.)

Aku dan Rizzo saling berpandangan. Serentak itu, kami mengeluarkan kata-kata.

"Do you know how to play snooker?" Soalku.

", I know how to play snooker." Ujarnya. Kami seakan seperti bertelepati. Dapat memahami pemikiran masing-masing.

Vecchio senyum bangga. Sepertinya kami sudah tahu apa yang bakal dilakukan esok.

"Allora, buona fortuna! (Then, good luck!) Ucap Vecchio. Kami mengangguk sambil tunduk hormat kepadanya.

***

Sudah tiba masanya, aku dan Rizzo akan memulakan langkah kami. Sudah pukul 8.55 malam.

Aku sudah bersembunyi berdekatan dengan kelab snooker milik Capponi. Vecchio juga memantau dari jauh. Rizzo menyamar sebagai anak buahnya dan berada dekat dengannya untuk bermain snooker juga.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now