"Awak dah selamat sampai ke?" Soal Zayden dalam aplikasi mesej itu.
"Alhamdulillah dah. Zayyed tolong hantarkan tadi."
"Alhamdulillah, alright. Saya tengah kerja dekat luar. Maaflah saya sibuk pula minggu ni."
"Tak apa, faham. Jaga diri!"
"You too, my Angel."
Aku menggenggam tanganku yang berlumuran darah itu.
Aku mengeluh nafas perlahan.
Kemudian, aku bangun dan berjalan ke arah seorang lelaki yang sudah terbaring di atas lantai.
Tangannya diikat. Mukanya penuh dengan darah hasil tumbukkan comelku.
Dia sudah nyawa-nyawa ikan. Nasib baik aku tak bunuh dia. Marah sangat sampai hilang kawalan sikit tadi.
Sekarang sudah pukul 9.00 malam dan tadi tetiba aku dengar ada orang pecah masuk rumahku.
Aku yang tengah solat Isyak ketika itu memang terkejut tapi masih meneruskan solatku.
Dan tetiba, lelaki yang memecah masuk rumahku itu terus menghempas kuat pintu bilikku dan mengacau solatku apabila aku mengabaikan tindakannya.
Dan semestinya aku naik angin. Kacau konsentrasi aku.
Terus aku tumbuk dan pukul dia dengan kuat. Masih bertelekung.
Dan sekarang, dia diikat dan separuh nyawa sudah.
Aku paling tak suka orang bagi aku naik angin!
Aku datang dan mencangkung ke arahnya. Telekung sudah aku simpan untuk dibasuh.
"Kau siapa?" Soalku tegas.
Dia masih tidak mahu menjawab soalanku.
Dilehernya ada tatu dari geng yang sedang memburuku.
Melihatkan dia tidak mahu menjawab, aku turus ambil sos cili asli dan tuang di atas matanya.
Terus dia meraung kesakitan. Pedih yang amat!
Aku mencangkung sekali lagi. Tanya soalan yang sama, kalini lebih tegas intonasiku.
"Kau. Siapa?" Soalku.
Dia masih tidak mahu menjawab dan meraung kesakitan.
Darah mula mencanak naik. Tak sangka aku akan buat benda ni balik.
Aku ambil pisau besar di dalam dapur dan terus menusuk tangan kirinya. Dalam sehingga tebus ke bawah tapak tangannya.
Sekali lagi, dia meraung lebih kuat. Aku tarik tusukan pisau tu atas dan bawah. Untuk menambah sakitnya.
Dia sudah penat. Mental dan fizikal.
Aku menanyakan soalan yang sama. Dengan nada naik angin.
"AKU TANYA KAU SIAPA?! JAWABLAH!" Marahku.
Dia telan liur.
"Kalau kau tak nak bagitahu, kau jangan ingat anak perempuan kau dengan bini kau dekat rumah tu akan selamat. Apa nama bini kau? Qaseh?" Kataku seraya ketawa.
Dia ingat aku tak selidik ke pasal dia? Aku dah lama tak buat benda-benda stalk ni.
Lelaki ni bekerja sebagai kerani kerajaan. Memang senang nak korek maklumat pasal dia.
Dia terus menunjukkan riak ketakutan.
Tapi masih tidak mahu menjawab. Aku sudah hilang sabar.
"Okey, aku pergi buat benda yang sama aku buat dekat kau. To your Qaseh and Puteri." Ugutku.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
DragosteMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...