BAB 25

422 30 0
                                    

Aku hanya memakai bedak asas dan lip gloss soft pink. Simple sahaja sebab aku sukakan penampilan yang sederhana dan minimalistic.

Lagi 10 minit sebelum jam menginjak ke pukul 9.00 malam.

Jantung berdegup laju usah dikata. Memang aku berdebar. Aku melihat penampilan diriku di cermin buat kali terakhir.

Cantik! Simple! Selesa!

Okey, aku dah puas hati. Terus aku mengambil clutch yang setona dengan bajuku.

Nak bawak pisau sebagai langkah keselamatan atau tak ya?

Tak payahlah. Kang kantoi macam haritu kan dah menyusahkan aku.

Aku turun ke bawah dan melihat Sofea sedang menonton televisyen di sofa ruang tamuku itu.

"Tengok cerita apa?" Soalku.

Sofea mengalihkan pandangannya ke arahku selepas mendengar suaraku itu.

"Cerita Crawl. Thriller akak! Buaya tu makan orang." Ujar Sofea.

Aku pergi ke arahnya dan menghalakan pandanganku ke arah skrin televisyen.

Dia suka tengok cerita yang macam ni ya? Samalah dengan aku.

Ding! Dong!

Nampaknya Zayden dah datang. Aku terus membuka pintu dan menyuruh Sofea duduk dengan sopan.

"Assalamualaikum, Hanna. Oh, tu adik awak ke?" Soal Zayden sambil melambai tangannya ke arah Sofea.

Sofea hanya diam memandangnya. Kemudian, baru dia tersenyum dan membalas lambaian Zayden.

"Adik angkat saya. Sofea nama dia." Kataku.

"Oh, hai Sofea! I'm Zayden!" Sapa Zayden mesra.

"Safia la. Bukan Sofea. Apalah." Kata Sofea sambil memuncungkan mulutnya.

Ish, budak ni!

"Oh, Safia ya. Roger that!" Kata Zayden sambil menunjukkan gaya tabik hormat kepadanya.

Sofea ketawa perlahan. Aku hanya memerhati sahaja mereka.

"Eh, jomlah. Kata nak pergi makan." Kataku.

Zayden terus memandangku. Lama. Memerhati penampilanku ini.

Dia tak suka ke tengok aku pakai macam ni? Kenapa pandang macam tu? Tetiba rasa tak selesa.

Aku berdehem. Melihatkan reaksiku, Zayden juga turut berdehem.

"Sorry, looking at you wearing soft colour's dress, it makes you look absolutely like an Angel." Pujinya.

Pipi merona merah. Suka sangat puji aku.

"Thank you! Jom!" Ujarku.

Kemudian, kami sama-sama bergerak ke arah keretanya.

Dia membukakan pintu untukku. Aku tanpa membuang masa terus masuk ke dalam.

Sepanjang perjalanan, kami hanya diam. Mungkin masing-masing nervous. Aku pun tak pasti.

"Kita nak makan dekat mana?" Soalku. Menghilangkan rasa canggung.

Dia memandangku sekilas kemudian senyum.

"You'll see." Katanya. Mungkin dia ingin membuat kejutan untukku. Aku hanya angguk dan suasana kembali diam.

Tapi, kecanggungan sudah hilang. Hanya diam yang selesa.

***
Zayden menyuruhku memakai penutup mata. Katanya ada kejutan untukku.

Aku pun hanya menuruti kemahuannya.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now