BAB 51

385 31 0
                                    

Aku bangun secara terkejut. Aku bermimpi sesuatu yang pelik.

Aku bermimpi aku dilanggar oleh satu treler besar di hadapan suatu kawasan.

Seperti kilang. Kilang yang pernah aku pergi dulu.

Di mana aku syak Sofea sebagai fake Angel.

Dan baru aku teringat, aku ada letak kamera tersembunyi dekat situ.

Sebab aku fikir fake Angel akan bunuh di tempat yang sama lagi.

Rupanya semua itu hanya umpan untuk tangkap fake Angel yang mereka ingat tu adalah Angel yang sebenar.

Aku membuat keputusan untuk pergi ke kilang itu. Aku kena selidik pasal The Dark Triad.

Semua mangsa yang mereka bunuh untuk mengumpan aku tu, mereka bahagian kumpulan index ke? Atau middle finger sendiri?

Aku bangun dan bersiap untuk pergi ke kilang. Harini Zayden sudah kerja. Zayyed juga sudah keluar. Entah ke mana aku tak pasti.

Dalam rumah ni tinggal aku dan pembantu rumah. Daripada aku duduk menatap siling bilik, ada eloknya aku pergi selidik pasal grup tu.

Aku memesan khidmat grab. Esok aku dah kena balik ke rumah sendiri. Sampai bila aku nak jadi mem besar rumah bakal mertuaku ini?

Setelah beberapa minit menunggu, kereta yang dipesan tiba. Aku terus memintanya untuk membawaku ke destinasi.

Aku cuma bagitahu Zayden yang aku nak keluar. Harap dia tak tanya lebih-lebih.

***

Aku sudah sampai ke kilang terbiar ini.

Agak meremang bulu roma apatah lagi di sini adalah tempat pembunuhan.

Aku terus keluar dari kereta selepas membayar kepada pemandu itu. Aku pandang sekeliling. Nampak gayanya seperti aman.

Aku melangkah kakiku bergerak ke sekeliling kilang itu. Bergerak ke tempat di mana aku meletakkan kamera itu.

Aku letak dua kamera. Di dalam kilang dan di luar.

Setelah mengambil kamera di dalam kilang, aku terus melangkah bergerak ke luar.

Tetiba, aku dengar bunyi deruan tapak kaki. Seperti ada seseorang yang datang ke pintu masuk kilang ini.

Aku tak sempat nak keluar! Haa sudah, nak menyorok mana ni?

Aku lihat ada satu kotak besar berdekatan denganku. Terus aku berlari dan menyorok di belakang kotak besi itu.

Aku tekup mulut dan matikan telefon. Kang telefon berbunyi, kantoilah aku.

Bunyi tapak kaki makin kuat. Aku cuba skodeng ke pintu masuk.

Ada seorang lelaki yang memakai hoodie. Hoodie kelabu.

Eh? Itu lelaki yang sama yang aku pukul di Turki?!

Dia bersendirian. Dia terus berjalan masuk ke dalam kilang.

Kemudian, dia duduk di atas kerusi yang kelihatan usang itu lalu menghisap rokok.

Nasib baik, dia tak perasan kehadiran aku.

Tetiba, kedengaran telefon berbunyi. Jangan risau, bukan aku punya. Dia punya.

Dia mengangkat telefon itu. Sambil menghisap rokok, dia menjawab panggilan.

"Aku dekat kilang."

"Anak buah aku dah cuba cari dia, tapi tak jumpa. Pompuan tu memang pandai menyorok."

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now