BAB 52

376 32 0
                                    

"Zayden, lelaki yang kena tangkap dalam rumah saya tu, awak tahu tak apa jadi dengan dia?" Soalku.

Aku sekarang berada di dalam keretanya. Dia menghantarku pulang.

Zayden terdiam seketika.

"Dia dah mati." Katanya mendatar.

Seperti yang kudengar daripada lelaki itu.

"Macam mana dia boleh mati, ada orang cuba bunuh dia ke?" Soalku lagi.

"He's exploded himself. Polis pun tak sempat ambil tindakan. Dia terus mati." Jelasnya.

Aku terkejut. Lari jauh dari sangkaanku.

"Macam mana boleh meletup?" Soalku lagi.

"Pihak polis pun tak boleh nak pastikan macam mana. Tengah mereka soal siasat, laki tu berkeras tak nak menjawab. Pastu boom, dia meletup. Penuh darah melekat dekat balai." Ujarnya.

Aku hanya mengangguk. Kesian anak bini dia. Anak dia tu baru 6 tahun.

Aku tahu kumpulan lelaki itu akan tangkap mereka, tapi nak masuk campur sesuka hati juga berisiko.

"Kenapa awak tanya? Ada apa-apa ke?" Soal Zayden cuba menyiasatku.

Aku telan liur.

"Tiada pape. Saja tanya. Takut dia datang rumah saya lagi. Kalini kalau dia datang, saya memang takkan bagi belas kasihan dah. Nasib dah mati." Kataku selamba.

Zayden ketawa melihatku yang selamba begini.

"That's one of the reason why I love you, my Angel. You're brave and strong." Pujinya.

"Tapi, jangan jadi macam dulu balik ya? Change for be better, not to be the worst." Pesannya.

Aku tersengih seraya mengangguk perlahan.

"Okey." Kataku.

"Good girl."

***

"Betulke awak nak tinggal sini lagi? Mereka dah tahu tempat awak. Tak nak saya beli rumah baru? Lagipun kitakan nak kahwin. Saya dah beli rumah dah untuk kita. Tak nak tinggal situ?" Soalnya bertalu-talu.

Aku dengan lembut menggelengkan kepalaku perlahan. Menolak ajakannya.

"Saya tak nak rasmi sorang-sorang. Tunggu sampai kita kahwin dulu. Tak apa, awak pun tahu saya pandai jaga diri. Tak perlu suruh abang awak tengokkan saya. Dia pun sibuk juga." Pesanku.

Zayden terus senyum lalu mengangguk.

"Alright. Tapi setiap malam, saya akan datang ke sini. Tengokkan keadaan awak. Okey?"

"Baik. Awak pun jaga diri tau." Kataku.

Dia sekali lagi anggukan kepalanya.

Kemudian, dia beredar dari situ. Aku pun tanpa membuang masa terus masuk ke dalam rumah.

***

Pukul 9.30 malam. Pintu rumahku sepertinya diketuk.

Aku baru habis solat Isyak. Terus capai cardigan dan tudung lalu turun ke bawah.

Aku tak pasti siapa yang mengetuk. Mungkin Zayden. Atau mangkuk pinggan kumpulan tu lagi.

Aku lihat kamera cctv di depan pintu. Nasib baik Zayden.

Aku bukak pintu.

"Assalamualaikum, Tya." Katanya senyum memandangku.

Aku membalas senyumannya.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now