BAB 57

404 34 0
                                    

Tinggal dua hari lagi sebelum aku bakal bertukar status.

Menjadi isteri kepada seorang Zayden Zamrez.

Sejujurnya, aku masih merajuk dengannya.

Sehingga sekarang aku tak mengendahkannya.

Dia menelefonku, aku menolak panggilannya.

Dia datang ke rumahku, aku terus kurung dalam bilik. Biar baba dan anne yang layan.

Dan kami juga ada berjumpa, untuk uruskan hal perkahwinan.

Cumanya, aku hanya seperti patung batu sahaja. Dia tanya sepatah, aku jawab sepatah.

Majlis persandingan kami, akan ramai orang yang datang. Ahli keluarga baba dan anne, mama dan papa, dan juga semua rakan sekerja mereka.

Termasuk rakan sekerja Zayden. Anggota UTK. Aku tak pasti mereka tahu atau tak tentang identitiku.

Atau mereka hanya berpura-pura tidak tahu, supaya senang nak tangkap aku nanti. Aku pun tak pasti.

Orang yang nak kahwin selalunya mereka akan semakin berseri dan bersemangat untuk dihalalkan.

Aku pula makin suram. Serabut fikir banyak benda. Tapi ego nak cakap dengan Zayden.

Ego memang buat kita jadi bodoh. Dan aku suka kebodohan begini. Haih.

Dan sekarang, aku sedang berada di rumah bakal mertuaku untuk menolong mereka tentang persiapan perkahwinan.

Aku sembunyikan diri di dapur, tak nak terserempak dengan Zayden. Ataupun abangnya.

Tapi, malang tak berbau. Dia tetap cari jalan nak jumpa denganku.

Tengoklah sekarang, aku menyorok dekat dapur, tengah memotong sayur-sayuran untuk makan malam di sini secara beramai-ramai.

Dia tetiba bersila di sebelahku dan turut membantuku memotong sayuran.

Aku hanya buat tak tahu. Lantak kau lah.

Disebabkan kepalaku serabut memikirkan banyak perkara, tanpa sedar aku melukakan jari telunjukku ketika memotong.

Aku mendesis kesakitan. Zayden terus berhenti memotong.

"Tunggu sini, saya ambil first aid kit." Arahnya terus bangun untuk ke ruang tamu.

Alah, sikit je pun. Tak payah nak balut-balut apa sangat.

Kemudian, dia sambung bersila di sebelahku. Sarung tangan dipakainya.

Dia cuba meraih jariku. Aku terus sembunyikan tangan di belakangku.

"Tak payah. Bukan teruk pun. Tertusuk sikit je." Kataku.

Terus, aku cuba mengambil pisau untuk sambung memotong.

Tetiba, tanganku terus disambar oleh tangannya yang jelas lebih besar dariku.

"Apa ni?! Orang kata tak payah!" Marahku. Walaupun dia pakai sarung tangan, tapi egoku tetap nak menang.

Siapa suruh nak berahsia dengan aku? Padahal dengan dia, aku tak berahsia dah pun.

Dia mengetap rahang. Geramla tu, aku tak jadi milik dia lagi, dah buat testimoni isteri derhaka.

Aku cuba menarik tanganku dari genggaman tangannya. Tapi, memang tak la nak lepas.

"Kalau awak nak saya lepaskan tangan awak, duduk diam-diam sampai saya sudah."

"Memang tak teruk macam kena tikam dekat dada, tapi tusukan dekat jari awak ni agak dalam. Kena rawat." Ujarnya tegas.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now