BAB 47

384 32 0
                                    

"Kau nak tanya apa?" Soal Zayden.

"Kau pilih Tya atau negara?" Soalnya.

Zayden yang sedang mengacau kuah kari itu terjeda.

Dia telan liur.

"Aku selalu terfikir pasal ni. Selagi Tya tak kena tangkap, selagi tu misi kita takkan selesai. Pihak kau dah dapat banyak maklumat kan pasal Angel?" Ujar Zayyed.

"Kau jangan masuk campur dalam hal aku. Kau fokus untuk misi kau. Aku fokus untuk misi aku." Jelas Zayden.

Zayyed tunduk ke bawah sambil mengeluh perlahan.

"Jangan cakap kau nak khianat negara, Zayd. Kau pun tahu apa padahnya. Kau dah berjanji."

"Bayangkan kumpulan aku dapat tangkap Tya, apa kau nak buat? Nak bunuh aku? Bunuh anak buah aku? Demi Tya? Kau sanggup langgar janji dan sumpah kau?" Desak Zayyed.

Zayden masih terdiam. Rahang diketap kuat.

"Aku pun sayang Tya. Macam adik aku sendiri. Tapi apa-apapun yang berlaku, dosa yang dia buat dulu, dia kena bertanggungjawab, Zayd. Kecuali kalau Allah bagi keajaiban, dia dapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Aku dah cukup bersyukur. Tapi, masih ada benda yang dia kena bayar." Jelas Zayyed.

"Nanti, kau slow talk dengan Tya, tanya semua kisah hidup dia. Kenapa dia jadi pembunuh? Apa kaitan dia dengan orang yang hantar gambar dekat kau tu?"

"The Dark Triad." Kata Zayden.

Zayyed terkedu. Kenapa dengan geng tu?

Dia pernah dengar pasal geng tu. Tapi, dia ingat dah bubar lama dah.

"Mereka masih ada. Masih wujud. I'm afraid they're after Tya."

"Aku tak tahu apa kaitan Tya dengan geng tu, aku kena tanya dia nanti. Selepas kami bernikah." Katanya.

"Zayd, sampai bila kau nak berahsia dengan dia pasal identiti dan misi kau? Lepas dah kahwin baru nak bagitahu? Sebab apa? Tak nak dia lari dari kau? Kau jangan seksa mental dia dik." Desak Zayyed lagi.

Zayden pukul dapur gas di depannya. Terjatuh senduk ke atas lantai.

Zayyed terkedu. Zayden jarang nak naik angin. Tapi dia berhak untuk bagi teguran untuk adiknya sebelum terlambat.

"Boleh tak kau jangan main tuduh macam tu? I'll never hurt her! Never! And I'll make sure no ones can touch to hurt her! Even you!" Gertak Zayden memberi amaran.

Zayden tutup api dapur gas itu. Dia duduk di atas kerusi di meja makan.

Terus, raup mukanya kasar.

"Aku akan bagitahu lepas kami kahwin sebab aku nak dia tahu, walau apapun yang berlaku, aku takkan tinggalkan dia seperti mana kami sudah terikat dengan ikatan perkahwinan."

"Supaya bila dia sekalipun dikenakan hukuman, aku akan pastikan aku pun kena."

"Abang, kau tahu, if you don't sacrifice for who you love, then who you love will become the sacrifice." Pesan Zayden.

Terdiam Zayyed. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"You really love her so bad. Okelah, aku akan cuba lindungi kau dan bakal adik ipar aku." Katanya.

Zayden mengerutkan dahinya.

"Kenapa kau pun nak jadi macam aku? Tak payahlah." Marah Zayden.

Zayyed tampar perlahan pipi adiknya.

"Ingat kau sorang je nak 'bersacrifice' bagai? Aku pun boleh berkorban untuk orang yang aku sayang." Getus Zayyed.

"Tadi cakap macam tak suka aku buat macam tu." Cebik Zayden sambil mengusap pipinya.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now