BAB 50

420 33 0
                                    

"Maaf aku lambat balik. Tya mana?" Soal Zayden sesudah masuk ke dalam pintu rumah.

Kalau ikutkan, dia ada misi untuk menangkap pengganas di Kedah. Namun, selepas mendengar berita tentang tunangnya, terus dia cepat-cepat selesaikan misinya dan pulang ke Kuala Lumpur.

Dia menanggalkan beretnya yang berwarna merah gelap itu ke atas meja. Kemudian, dia duduk di sofa bersebelahan dengan abangnya.

Abangnya masih fokus kepada telefon di hadapannya.

"Kau tengok apa tu, bang?" Soal Zayden sekali lagi.

Zayyed terus menyerahkan telefon itu kepada Zayden.

Tanpa membuang masa, Zayden mengambil untuk tengok.

Zayyed tak pasti apa yang dirasakan Zayden. Air mukanya hanya selamba.

Selepas menonton video itu, bibir Zayden menyenget.

"She's feisty." Katanya. Zayyed ketawa perlahan. Begitu juga dengan Zayden.

Dah agak Zayden akan lucu dengan tunangnya yang belasah penjahat tu pakai telekung.

"Tunang kau jugak. Nasib tunang aku lemah lembut je." Katanya.

"Tunang aku cantik." Kata Zayden tak puas hati. Nak menangkan Tya.

"Tunang aku comel." Balas Zayyed.

"Tunang aku pandai masak."

"Tunang aku pandai buat air kopi."

"Tunang aku pandai berlawan." Tak nak kalah jugak Zayden.

"Tunang aku pandai berkawan." Balas Zayyed.

"Okey, enough haha. " Kata Zayyed. Dah penat. Buatnya adik dia kata 'tunang aku masih hidup?'

Takkan dia nak balas 'tunang aku dah mati?' Memang tak la.

"Tya macam mana? Dia okey tak?" Soal Zayden. Jelas risau tapi bersyukur sebab Tya setuju nak tidur sini.

Zayyed mengangguk.

"Tunang kau kan power. Dia takkan kalah setakat lawan budak bawahan." Kata Zayyed. Sempat memuji bakal adik iparnya.

"Alhamdulillah." Ucap Zayden syukur. Nasib misinya dah selesai. Tak ada lah esok dia kena pergi Kedah balik.

"Kau tengok video tu sampai habis kan? Laki tu cerita pasal Dark Triad." Soal Zayyed.

Zayden mengangguk.

"Besar juga organisasi ni. Aku cuba selidik pasal organisasi tu, tapi tetiba akaun aku hang. Pastu terpadam terus." Kata Zayden.

"Maknanya mereka ada orang dalam yang pandai bab IT. Dan aku syak ada ahli politik yang terlibat. Sebab tu rekod mereka bersih je. Tya pun dulu susah nak tangkap. Sebab ada ahli politik yang tolong dia." Ujar Zayyed pula.

"Tapi, nak tangkap ahli politik tu pun bukan senang. Nanti akan membabitkan identiti Tya." Kata Zayden.

"Esok kau ambik cuti ke?" Soal Zayyed.

Zayden mengangguk. Dia mengambil cuti kecemasan.

"Eloklah, esok aku nak cerita pasal Tya. Kan aku teman dia dengan Tasnim siang tadi. Dia cerita pasal kisah dia dekat Tasnim. Aku tumpang dengar."

"Okey, esok kau cerita. Aku nak tanya Tya sendiri pun aku tahu dia penat." Arah Zayden.

"Tya duduk sini berapa hari?" Tanya Zayden ingin tahu.

Zayyed berfikir sejenak. Kemudian, dia menjongket bahunya.

"Entah. Sampai esok la kut." Jawabnya.

"Dah lah kau pergi la rehat. Aku pun dah mengantuk ni. Kau kan baru balik kerja. Minggu depan aku tak ada. Kena pergi UK. Kerja." Kata Zayyed.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now