"Awak kenal ke dengan suami Tasnim tu ?" Soalku kepada Zayden. Sekarang kami dalam perjalanan pulang ke Lit's Cafe.
Zayden memandangku sekilas sebelum fokus kepada pemanduannya.
"Kenal. Dia kawan lama saya. Tak sangka boleh jumpa dia dekat sini. Dia kerja doktor." Ujarnya.
Aku mengangguk tanda faham. Untung Tasnim dapat kahwin dengan seorang doktor. Aku lupa nak tanya dia kerja apa. Ke masih belajar?
"Isteri dia kerja apa? Saya lupa nak tanya Tasnim tadi. Awak tahu?" Soalku lagi.
Zayden memikirkan soalanku itu. Mungkin dia juga tak tahu.
"Kalau tak silap saya isteri dia tu bekerja sebagai peguam. Saya pun tak pasti." Katanya. Aku agak terkejut. Aku rasa umur dia muda lagi. Cepatnya bekerja. Aku yang 24 tahun ni pun masih kerja sendiri.
"Umur dia berapa? Nampak muda." Soalku lagi. Macam la Zayden ni abang dia yang aku tanya macam-macam ni.
"Oh, umur dia tadi Harris cakap dah nak masuk 30 tahun. Mereka sebaya." Ujar Zayden.
Automatik mata aku terlopong. Awet muda betul si Tasnim. Serius nampak macam baru nak masuk 20-an. Apalah rahsia dia?
Sekali lagi aku angguk. Nak kena tanya Tasnim apa rahsia dia ni nanti.
"Awak tak nak tanya saya umur berapa?" Tetiba Zayden mengacukan soalan itu. Aku tak terfikir pun nak tanya umurnya.
"Oh, awak umur berapa pulak?" Soalku. Kang tak tanya, mulut dia jadi mulut itik pulak.
Dia tersengih. Mata masih difokuskan pada jalan raya.
"Saya 27 tahun. Bujang lagi. Tengah mencari calon." Ujarnya bangga.
Aku pandang dia. Riak muka nakal di wajahnya. Buat aku rasa macam nak lempang muka dia setepek.
"Oh, tua lagi lah dari saya. Saya 24 tahun." Hanya itu jawapanku. Malas nak layan dia lebih-lebih.
Dia masih tersenyum nakal. Aku pulak yang rasa segan. Umur je pun. Kang aku bagitahu tentang pekerjaan aku kang, sakit jantung dia ni.
Akhirnya kami sampai di Lit's Cafe. Dia ingin membukakan pintu untukku lagi, tapi cepat-cepat aku tolak. Menyusahkan dia sahaja. Dia hanya akur.
"Nah, awak ambik la beg telekung ni. Saya hadiahkan." Ujarnya sambil menyuakan beg hitam itu.
Bercakap tentang beg telekung itu, baru aku terfikir tentang kad tadi.
"Kad yang ada dalam beg ni memang awak akan tulis setiap kali awak beli beg telekung baru ke? Mungkin sebelum ni, awak dah banyak kali bagi beg telekung dengan kad dekat perempuan lain." Selorohku.
Mana la tahu, tah tah aku orang yang ke berapa ribu dah dapat beg telekung macam ni daripada dia.
Dia ketawa seraya menggelengkan kepalanya.
"No way. Saya tak pernah terfikir nak buat macam tu. Ini kali pertama saya bagi beg telekung dekat perempuan."
"Dan, saya memang selalu doa supaya jodoh saya yang dapat beg telekung ni. The card was there for a reason. Dan awak orangnya. Untung saya." Katanya senyum memandangku.
Okey, jujur aku rasa malu. Malu sebab dah tuduh dia satu hal, pastu sebab dia cakap macam tu. Sejak bila aku tahu malu ni?
Sudahnya, aku hanya diam seraya mengucapkan terima kasih kepadanya. Terus aku keluar daripada keretanya dengan laju. Tetiba, dia panggil aku lagi.
"Hanna, awak terjatuhkan sesuatu." Katanya seraya cuba mengambil barang itu. Aku pusing ke arahnya. Mata aku meluas.
Barang yang jatuh tu, pisau aku! Nasib dia disimpan dalam satu kantung kulit.
Laju tangan aku ambil pisau itu sebelum dia ambil dulu. Dia agak terkejut dengan tindakanku.
"Saya minta maaf, saya pergi dulu. Thanks for tonight's dinner!" Ujarku seraya bergegas meninggalkannya di situ.
Sikit lagi nak kantoi. Mana ada perempuan dekat dunia ni bawak pisau dalam poket dia masa makan malam.
Laju, aku masuk ke perut kereta Audi R7 hitamku. Kemudian, aku menunggu selama beberapa minit sebelum gerak pulang. Untuk mengelakkan daripada dia mengikuti aku, aku buat-buat pergi tempat lain dulu.
Bazir minyak pun bazir je lah. Demi menutup identiti aku.
Setelah sejam meronda keliling bandar itu, baru aku pulang ke rumah.
***
Aku buka pintu rumahku dan masuk ke dalam. Gelap gelita. Seperti tiada orang. Aku kerling jam di telefonku.
Pukul 12.30 pagi. Mungkin Sofea dah tidur. Malas la nak ganggu dia. Selalunya masa begini, badanku segar bugar. Tapi disebabkan penat keluar makan malam tadi, aku rasa eloknya aku tidur awal.
Aku berlalu ke bilik bawah tanahku dulu untuk memastikan budak tu dengar kata atau tidak.
Aku melangkah ke bilik bawah tanah itu. Seperti yang dijangka, bilik itu tidak terusik langsung. Lagipun, bilik ini memerlukan akses untuk masuk. Sama ada cap jariku, wajahku atau kata laluan.
Kemudian, aku pun masuk ke dalam bilik itu. Suasana di dalamnya memang penuh dengan aura membunuh.
Segala alatan senjata seperti pistol, knuckleduster, halberd , stun guns dan pisau semua tersusun cantik di sini.
Aku sengaja ingin membuka bilik ini. Sudah lama tak masuk. Agak berhabuk.
Kaki melangkah ke arah meja kerjaku. Fail-fail banyak tersusun. Penuh dengan maklumat tentang mangsa-mangsaku.
Dan aku bukan bunuh sembarangan manusia. Seperti yang aku kata, hanya yang layak mati sahaja. Dan kalau aku dibayar dengan harga yang sangat lumayan, baru aku terima walau terpaksa.
Itulah pembunuh bersiri. Motif dia cuma untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri.
Aku pergi pula ke arah bahagian senjata. Memang banyak di sini. Aku tengah memikir, mana yang patut aku bawa ke Itali.
Tapi, aku tak nak tetapkan keputusan lagi sebabnya aku harus selidik dulu tentang Rizzo, partner in crime aku dan si tak guna Capponi itu.
Pisau di poketku, aku simpan di sini. Lega betul sebab aku sempat ambil dulu pisau ni. Aku dapat rasakan Zayden mesti ada syak sesuatu. Nasib dia tak tahu apa dalam tu. Nantilah aku auta dia kalau dia tanya.
Setelah selesai melepaskan rindu, baru aku keluar untuk masuk ke bilikku di tingkat atas.
Tetiba, aku melihat Sofea di situ. Sedang meneguk air kosong di atas kerusi dapur.
Aku ingat dia dah tidur. Bangun lagi budak ni.
"Kau tak tidur lagi ke?" Soalku. Dia terus memandangku selepas dengar suaraku yang datang ke arahnya.
"Dahaga la akak. Safia turun bawah kejap." Soalnya sambil tersengih.
Aku pandang wajahnya. Entah kenapa aku rasa ada sesuatu pada budak ni. Tapi, aku malaslah nak fikir. Perasaanku sahaja.
Aku pun pergi berlalu ke dapur untuk menuang segelas air juga.
"Esok, aku bawak kau gi Sabah. Sebab hujung minggu ni aku tak ada." Ujarku seraya meneguk air kosong itu.
"Okey! Tak sabarnya nak jalan-jalan dengan akak!" Katanya ceria. Aku hanya buat tak tahu saja.
Lantas, aku terus berlalu ke bilikku untuk berehat. Beg telekung yang berada di atas sofa bilikku itu aku pandang.
Aku tak sangka akan berjumpa dan berkenalan dengan orang sebaik Zayden dan Tasnim. Dan aku sendiri tak sangka yang aku akan kembali solat.
Tapi, Tuhan nak terima ke solat daripada pembunuh macam aku? Tetiba teringat kata-kata lelaki tua tadi di restoran.
Ikutkan hati aku, sekarang ni juga aku keluar pergi kelar leher dia. Tak guna punya laki!
Tetapi, teringat kata-kata Zayden kepadanya. Buat hati aku mula tenang. Terus aku tarik balik niatku. Mungkin lelaki tadi ayah kepada si Razeem itu kut. Marah betul si Razeem tu mati. Sapa suruh dia tindas orang yang susah semata-mata nak nampak dia tu menteri berguna. Elok sangat la mampus.
Akhirnya, aku juga mula lena. Mengecas tenaga aku.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomantikMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...