Akhirnya, sampai juga aku di bumi Turkey.
Segarnya udara di sini.
Istanbul.
Aku bakal tinggal di sini. Di rumah keluargaku. Untuk sebulan. Atas permintaan baba dan anne.
Aku sedang menunggu kereta adik angkatku yang aku lebih suka panggilnya Kardeş, membawa maksud 'brother'.
Kadang, aku panggil dia dengan namanya iaitu Deniz.
Lamanya budak ni!
Tetiba, ada tangan yang menyentuh bahuku.
Aku terkejut lalu terus pusing ke belakang dan tumbuk mukanya. Tindakan refleks.
"Arghh!" Jerit suara garau itu.
Lah! Budak ni!
"Kardeş! Oh my I'm so sorry!" Ucapku rasa bersalah dalam bahasa Turkish.
Aku ingat malaun mana nak pegang aku. Adik angkat aku ni rupanya.
"My sis, you're really like baba!" Katanya dalam bahasa ibundanya.
Aku ketawa. Dia juga akhirnya ketawa sambil mengusap pipinya yang mula memerah akibat tumbukan comelku.
"My bad, I thought you're a stranger." Kataku sambil menunduk meminta maaf sekali lagi.
"Haha, it's your cute little brother! Welcome back sis! Come! Baba and Anne are waiting for you at home." Katanya mengajakku untuk mengikutinya.
Aku pun mengangguk dan senyum gembira. Kaki terus bergerak mengikuti adik lelakiku ini.
Dia pusing ke belakang. Baru perasan akan kewujudan tudung yang aku pakai.
"You wearing hijab? Oh God, finally! You look more pretty with that. Keep on sis." Pujinya.
Aku senyum manis. Nampak sangat dia menanti aku untuk memakai tudung.
Dia sambung berjalan ke depan. Bangga dengan pilihanku untuk bertudung nampaknya.
Beza umur 3 tahun je pun, tapi sebab aku dan Deniz jenis sama-sama masuk air, aku suka sakat dia dan dia pun juga suka sakat aku.
Kami nampak macam adik-beradik kandung. Itu yang aku suka tentang keluargaku ini.
Aku ingat lagi macam mana aku boleh berjumpa dengan mereka.
Aku menggunakan segala duit simpanan keluargaku untuk menempah tiket kapal terbang ke Turkey.
Kenapa aku pilih Turkey, sebab negara itu sahaja yang terlintas di kepalaku.
Setelah sampai di bumi Turkey, duit aku memang tinggal sikit sahaja, mampu beli roti sahaja.
Jadinya, aku terus cari rumah yang aku nampak besar dan megah, untuk aku cari tempat tinggal.
Aku pun jumpalah rumah keluarga Özdemir. Aku duduk depan pintu pagar rumah agam mereka.
Gayaku memang nampak macam anak orang susah.
Sekali tu, Anne atau mama angkatku nampak aku dan terus mempelawa ku masuk.
Dan aku berjumpa dengan Baba, dia menyuruhku serlahkan apa potensi atau bakat yang aku ada, baru aku boleh tinggal di sini.
Dan aku tunjukkan skill menembakku. Dia terpaku dan mereka berdua buat keputusan untuk menjadikan aku anak angkat mereka.
Kerana mereka inginkan anak perempuan sejak dulu.
Begitulah ceritanya. Dan mereka memang ikhlas menjagaku.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomantizmMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...