BAB 41

449 30 0
                                    

"Have a drink, Zayden." Pelawa anne kepada Zayden.

Kami sekarang sudah di ruang tamu rumah. Pukul 2.45 pagi.

Aku rasa bersalah disebabkan aku baba dan anne terpaksa berjegil mata malam-malam ni. Deniz sudah masuk bilik tidur.

Nasib baik esok, mereka semua cuti.

Zayden mengucapkan terima kasih lalu terus menghirup air teh chamomile itu.

Selepas doktor merawat Zayden tadi, terus aku dapat menenangkan diri. Nasib baik tak ada kecederaan yang serius.

"Thank you for everything, Mr and Mrs Özdemir. I'll go to my place after this. I'm sorry to disturb your night time." Kata Zayden. Jelas rasa bersalah.

Aku pandang wajahnya. Lepasni, dia akan selamat ke? Aku tak sedap hati ingin membiarkan dirinya pergi.

Baba melihat riak wajahku yang jelas risau memandang Zayden.

"Stay here. As long as you're here in Turkey. Make yourself at home." Kata Baba.

Terbeliak mataku. Zayden pun jelas terkejut.

"It's okay Mr. I don't want to be a burden here." Katanya cuba untuk menolak.

"It's a command. Don't disobey it son. At least my daughter would be so happy to have you here." Kata baba sambil memandangku.

Pipiku berona merah. Baba tahu juga pasal Zayden. Anne juga. Tapi hanya sikit-sikit sahaja mereka tahu. Selebihnya dua ekor tu yang tahu.

Anne terus senyum manis melihat aku yang sudah membahang rasa malu.

Zayden memandangku. Aku terus tunduk. Malu. Muka aku dah lah cepat merah.

Zayden juga turut senyum.

"Alright. Thank you Mr and Mrs Özdemir" ujarnya.

"Oh, son, just call us baba and anne." Kata anne pulak.

Aku bersyukur keluargaku senang nak ngam dengan Zayden. Lagipun Zayden seorang yang peramah dan sopan.

Tak macam abang dia.

"Alright, baba and anne." Katanya. Baba dan anne ketawa kerana cara sebutan Zayden yang agak lucu menyebut perkataan anne itu.

Aku pun turut tersenyum. Bersyukur sebab Zayden tinggal di sini. Sekurang-kurangnya di sini selamat.

***

"Uncle Zayden! Let's play lego!" Jerit Defne teruja.

Aku yang tengah turun ke bawah terdengar suara manja Defne.

Setelah sampai di tingkat bawah, aku lihat Zayden dan Defne sedang bermain blok lego.

"Good morning, abla!" Ucap Defne. Zayden yang membelakangiku juga turut toleh ke arahku.

"Good morning, Tya." Ucapnya juga.

Aku senyum manis.

"Good morning." Balasku. Kakiku melangkah ke arah mereka yang bermain di atas karpet empuk itu.

Aku duduk di atas sofa menghadap mereka.

"Awak okey duduk sini?" Soalku prihatin.

Dia memandangku. Angguk perlahan.

"Okey. Selesa. Thanks for everything." Ujarnya ikhlas.

Bilik tidurnya sebelah bilik tidur Deniz. Dan sebelah bilik tidur Deniz adalah bilikku.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now