"Wow! You look gorgeous!" Puji Zayra.
Aku hanya senyum. Malu. Aku rasa penampilanku biasa sahaja.
Aku memakai evening dress berwarna lilac dan tudung shawl satin yang setona warna dengannya.
Mekap pun aku pakai sederhana sahaja.
"Thanks! You look bombastic too!" Pujiku pula kepadanya.
Dia memakai dres satin berwarna bronze. Tudung pun sama warna dengan baju.
Pakaiannya menyerlah manakala aku berwarna lembut.
Dia tersengih.
"How about me?" Soal Defne pulak. Dia pun tumpang kaki. Katanya rindu aku. Padahal nak aku mekap dia.
"Defne looks beautiful too!" Kataku kepada Defne. Terus dia melompat teruja.
Zayra hanya tersenyum melihat gelagat anak kecil itu.
"Dah jom, anne suruh pergi dek atas. Takut kita dah lambat." Kataku. Zayra hanya mengangguk.
Kami bertiga terus keluar dan bergerak ke dek atas.
***
Nampaknya hanya kami bertiga yang awal dekat sini. Batang hidung orang lain tak nampak lagi.
Kami hanya memerhatikan laut malam dan pemandangan kota Istanbul di sini sementara menunggu mereka semua tiba.
Aku sedang melihat pemandangan kota Istanbul menerusi binokular yang sedia terletak di situ.
Kemudian, aku rasa diriku diperhatikan. Aku toleh ke belakang. Tak ada sape pun.
Zayden ke?
Tetiba, salah seorang kru cef memanggil namaku untuk meminta tolong. Aku terus melangkah kaki masuk ke dapur mereka.
***
"Wah, ada binokular la dekat sini." Ujar Zayra teruja. Dia terus letakkan matanya pada binokular untuk melihat pemandangan kota Istanbul.
Tetiba, ada tangan menyentuh bahunya.
"Oh mak kau hijau!" Latah Zayra. Tangan dengan laju menampar pipi sang empunya badan yang memegang bahunya.
Terbuntang mata Zayra melihat Deniz sedang meraung kesakitan.
Dia segak memakai kemeja berwarna coklat gelap dan seluar hitam
"Auch!" Getus Deniz sambil memegang sebelah pipinya.
Dia terus terkejut melihatkan Zayra yang berada di depannya.
Dia ingat kakaknya yang berada di sini!
Dia pergi ke tandas sekejap selepas melihat kakaknya sedang melihat binokular.
Kemudian, alih-alih orang lain. Tak perasan pulak baju mereka berbeza.
Niat asal ingin menyakat kakaknya. Mana tahu terkejut sampai terjun laut.
Silap orang pulak dah!
"Kau ni nak aku mati pun, bagitahulah dulu! Dah lah pegang aku suka hati! Dasar lelaki tak guna!" Marah Zayra.
Deniz tahu Zayra marah tapi sepatah haram pun dia tak paham.
"Erm, I'm sorry. I thought you were my sister." Katanya sambil tersengih.
Zayra julingkan mata ke atas.
Kakinya terus melangkah pergi meninggalkan Deniz. Lagi lama dia di situ, lagi sakit hati.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomansaMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...