Zayden masih berdiri tercegat di situ. Memerhati kereta Mazda berwarna hitam pergi meninggalkannya.
Perlahan-lahan air matanya juga mengalir.
Dia mengeluh lemah. Sudah sebulan lebih dia mencari gadis itu.
Alangkah terkejutnya dia apabila rumah milik gadis yang dicintainya itu dirobohkan.
Sudah puas dia menghubungi gadis itu, namun tiada balasan.
Setiap hari, dia akan mendoakan supaya Tuhan pertemukannya dengan gadis itu. Dan berdoa supaya gadis itu sentiasa selamat.
"Abang?" Panggil suara gadis di belakangnya.
Zayden toleh ke belakang. Dia cuba untuk senyum.
"Air dah sampai ke, dik? Abang punya, adik dah ambik?" Soalnya.
"Oh, tak abang, adik risau abang dah macam emak hilang anak tadi. Tertinggal cawan air abang. Hehe maaf, kejap adik ambil." Ujar gadis bernama Zayra itu.
"Bertuah punya adik. Pergi ambik." Katanya seraya menggeleng perlahan.
Masih terngiang-ngiang ayat terakhir Tya tadi.
'Selamat bahagia dengan pasangan hidup awak!'
Zayden ketawa perlahan. Mesti Tya salah faham.
Or maybe it's a sign that she still wants me?
"Abang cakap dengan siapa tadi bang?" Soal Zayra sambil menyuakan cawan air kepada Zayden.
"Tya Elmira. Perempuan yang abang selalu cerita tu, ingat?" Kata Zayden.
Terus, mata Zayra meluas.
"Oh, tadi tu akak Tya ke? Ala tak sempat berkenalan dengan dia. Nak belajar teknik mempertahankan diri dari dia. Mesti dia pandai berlawan kan?"
Zayden mengusap kepala adiknya.
"Of course, dah jom. Esok abang dah nak kena kerja." Ujar Zayden.
'Hope we'll meet again, my Angel' katanya di dalam hati.
***
Aku terus membawa kereta tanpa hala tujuan. Tahu-tahu dah sampai negeri sembilan.
Nampak tak punyala aku tak fokus. Neger sembilan pun negeri sembilan lah.
Situ pun banyak juga cenderamata.
Tak sangka aku boleh jumpa dia di situ. Tapi, ada perempuan mana pulak menyibuk. Haish.
Tak apalah. Biar jelah.
Aku berhentikan keretaku di dalam sebuah pusat membeli-belah di situ. Cari je lah apa-apapun di sini. Asal bawa cenderamata sudah ke Turkey.
Aku turun dan masuk ke dalam pusat membeli-belah itu.
***
Punya la aku tak tahu nak beli apa, sudahnya aku beli sahaja beg tangan, baju-baju serta jam tangan di situ.
Jadilah tu, keluarga angkatku bukan jenis cerewet. Bagi kain pelikat pun aku yakin mereka okey saja.
Setelah selesai, aku terus berjalan ingin pulang ke kereta.
Ada seorang lelaki tua sedang duduk bersebelahan dengan keretaku.
Gayanya seperti meminta sedekah.
Tetiba, aku teringatkan Tasnim. Kalau dia ada, mesti dia akan memberi sedekah kepada pak cik tu kan?
Rindu juga kepadanya. Tapi, aku masih belum mampu menghadapinya.
Aku berjalan ke arah pak cik itu.
Setibanya aku berdiri di hadapannya. Dia angkat kepala memandangku.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...