Aku sekarang berada di Amsterdam. Tak nak sambut hari kemerdekaan punya pasal. Lagipun, aku ingin bercuti sebentar dari aktiviti gelapku.
Sekadar untuk menenangkan jiwa.Aku sedang membaca artikel-artikel di komputer riba milikku sambil minum air kopi di sebelah sungai panjang di tengah-tengah bandar ini.
Macam-macam yang jadi. Kes pembunuhan semakin meningkat. Namun, yang buatkan aku sedikit terkejut adalah datang daripada artikel semalam.
"30 OGOS 2019 : Pihak Polis menjumpai satu mayat yang disembunyikan di dalam tong sampah dan terdapat nama 'A.N.G.E.L' pada pergelangan tangan milik mayat."
Mataku terlopong. Angel? Ada orang nak tiru aku ke? Dan cara pembunuhannya agak bodoh. Meninggalkan jejak. Dah la letak nama aku. Menjatuhkan martabat aku betullah.
Siaplah dia kalau aku jumpa dia. Tak pernah aku tinggalkan jejak seperti itu. Aku tak nak orang tahu aku ni pembunuh bersiri. Dan sekarang, disebabkan dia ni, sudah terdedah identiti aku.
Aku sambung baca artikel itu lagi.
"Pihak polis, inspektor Ahmad berkata pihaknya yakin itu datang daripada pembunuh terkenal. Most wanted. Angel. Sehingga sekarang pihaknya tidak dapat mengesan jejak langkah pembunuh itu. Dan mereka akan pastikan pembunuh itu akan ditangkap tak lama lagi. Mereka akan mencipta sejarah terulung."
"Angel, bukan sebarang pembunuh biasa. Kami cari dia sudah 3 tahun. Dia sangat handal dalam menyembunyikan diri." Kata Inspektor Ahmad.
Dan sekarang, aku sudah diburu oleh pihak polis Malaysia. Dan juga negara jiran seperti Indonesia. Dan sungguh, aku tidak rasa takut langsung. Aku hanya rasa kosong.
Aku pandang langit biru Amsterdam. Aku menanti kematianku yang aku tahu akan datang tak lama lagi. Bibir menguntum senyum.
***
Sudah sebulan berlalu, setelah puas bercuti. Aku buat keputusan untuk pulang ke Malaysia.
Dan setelah sampai, aku ingin singgah di Lit's Cafe dulu untuk membeli minuman kegemaranku.
Suasana di kafe sudah lengang. Mungkin promosi dah habis. Aku pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.
"Saya nak matcha latte satu." Aku pandang pelayan itu. Bukan Adila. Dia pergi ke mana pula?
"Erm, Adila cuti ke harini?" Soalku kepada pelayan bernama Nina itu.
"Dia baru meninggal tiga hari lepas, cik. Polis kata dia dibunuh dengan kejam oleh... Angel." Katanya membisik apabila menyebut nama angel itu.
Aku terkejut. Ya terkejut. Aku dah lama tak baca artikel sebab sibuk menelaah buku kegemaranku.
"Betulke? Dia mati macam mana?" Soalku keliru.
"Ada masuk dalam berita. Dia dibunuh dengan cara dituang air asid pekat dan digantung menggunakan rambut sendiri." Kata Nina. Nadanya agak berbaur ketakutan. Kerana dia orang terdekat Adila. Risau dia menjadi mangsa seterusnya.
Dan dah kalau polis jumpa pasal maklumat ni, maksud cuma satu. Mayat itu ditinggal secara terdedah di situ. Bukan cara Angel la kalau macam tu. Aku tidak suka meraih perhatian. Tapi mangkuk mana yang ambil identiti aku dan buat kerja bodoh seperti nak perhatian.
"Dan ada nama Angel di pergelangan tangan Adila. Itu yang polis tengah siasat tu. Mereka ada buat kerjasama dengan ahli GGK Malaysia. Saya dengar meremang bulu roma. Saya tahu pun sebab kawan saya bagitahu." Katanya lagi.
Berasap telinga aku bila dengar perkataan GGK. Mereka ahli tentera yang sangat hebat. Grup Gerak Khas. Aku hampir tertangkap dengan mereka dulu. Nasib sempat melarikan diri. Mereka sangat tangkas dan teliti. Aku masih ingat dengan ketua mereka.
Leftenan Zayyed Zamrez. Sungguh dia hampir dapat tangkap aku dulu. Takut bila fikir balik. Aku jarang rasa takut. Dia sahaja yang boleh buat aku meremang bulu roma.
Mendengarkan pasukan mereka bekerjasama dengan pihak polis. Terus aku rasa macam nak siat-siat siapa yang melakukan onar kepadaku. Disebabkan dia mendedahkan identiti aku. Aku diburu oleh GGK. Tak guna.
"Cik? Cik Hanna? Yang tu sahaja ke yang cik pesan?" Soal Nina. Aku terus tersedar dari lamunan. Aku angguk. Kemudian, dia beredar dari situ.
Aku mengetap rahang. Sebelum pihak polis dan GGK jumpa dengan Angel palsu, aku akan pastikan dia mati di tangan aku dulu. Semua salah dia!
Setelah menunggu selama beberapa minit, pesanan aku sudah sampai. Aku mengambil dan membayar. Sengaja aku memberi wang lebih. Suka hati aku la.
Dan aku pun keluar daripada kafe itu dan tetiba datang satu suara.
"Zayyed! Kau nak kopi tak?" Sebut suara yang aku agak kenal. Aku pusing ke belakang. Zayden yang memanggil Zayyed itu. Mendengar namanya tetiba ketakutan aku menerpa. Mukaku pucat. Kemudian aku pusing ke depan.
Terkejut! Ada seorang lelaki berbadan tegap dan tinggi berdiri di depan aku.
Gulp! Aku mula rasa tak sedap hati.
"Excuse me, saya nak masuk dalam kafe ni." Ujar Zayyed. Aku baru perasan aku tercegat di laluan pintu masuk dari tadi.
Aku pandang dia. Dia memakai pelitup muka. Auranya sangat menyeramkan.
"Maaf, saya pergi dulu." Kataku seraya memberinya laluan untuk masuk ke dalam.
Setelah itu, aku dengar Zayden memanggil namanya lagi dan setelah itu aku tak pasti apa yang mereka bualkan. Tapi aku yakin, GGK seperti Zayyed itu sudah pasti berbual tentang Angel palsu itu.
Aku pulang dalam keadaan kepalaku sangat berserabut. Aku harus pikirkan cara untuk menangkap Angel palsu tak guna itu. GGK dah masuk campur. Apa aku nak kena buat ni?
Mundar-mandir aku di ruang tamu milikku itu.
Tetiba, loceng pintu rumahku dibunyikan. Ada orang datang. Aku terus pergi ke arah pintu masuk rumahku dan tengok CCTV untuk melihat siapa yang datang.
Tiada! Kemudian, aku buka pintu lalu aku lihat ada satu kepingan biskut dan kertas kecil. Aku ambil lalu tutup pintu dan kunci.
Setelah itu, aku buang biskut itu di dalam tong sampah. Dan ambil kertas itu untuk dibaca.
"My Angel. Saya akan jadi pewaris awak. Awak role model saya."
Tak perlu fikir siapa yang kasi. Semestinya mangkuk tak guna yang menyamar sebagai aku itu. Macam mana dia tahu aku adalah Angel?
Aku yakin dia sudah memerhatikan aku lama sehingga dia tahu aku adalah Angel. Mesti dia adalah orang terdekatku. Dan kenapa dia membunuh Adila?
Argh! Sakit kepala aku. Tetiba, telefon pintarku berbunyi tanda ada panggilan.
Mr. Capillo. Ketua geng pasar gelap yang sering membayarku untuk membunuh orang yang dikehendakinya.
Aku ambil telefon pintarku yang lagi satu untuk membuat suara tiruan. Hanya perlu menaip teks yang akan disebut oleh aplikasi itu.
"Yes, hello Mr.Capillo. What's matter?" Soalku dengan menggunakan suara tiruan di telefon pintarku.
"Hello, Angel! Long time no see. Lama betul awak bercuti. I heard you're after police and GGK. That's bad to hear." Ujar Mr.Capillo seakan kasihankan aku.
Aku juling mata ke atas. Menyampah.
"What do you want?" Soal ku. Malas berlama-lama cakap dengan tak guna ini.
"I have a mission for you tomorrow night. Aku nak kau tangkap seorang budak untuk aku. Kemudian, bunuh dia. Dia anak luar nikah aku. Katanya nak balas dendam. Hahaha. Kill her and I will give you one million ringgit." Katanya.
Aku tersentak. Dia nak aku bunuh seorang budak perempuan? Bukan dalam prinsip hidup aku lah.
Belum sempat aku menolak, dia mengugut aku.
"Kalau kau tak buat kerja ni, I'll tell the whole world, what you really are, Angel. And remember, GGK sedang cari kau. You know how cruel Zayyed can be? Haha." Ugutnya.
Setelah itu, dia meletakkan panggilan.
Aku terus hempaskan telefonku di atas sofa.Tak guna! Tak guna! Semua salah Angel palsu! I'll make sure he will taste death!
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...