BAB 75

386 32 0
                                    

"Aku dah tangkap dia ni, Buff." Ujarku.

Kawannya yang seorang itu jelas terkejut apabila aku dah berjaya bagi lelaki ini berbuih mulutnya.

Buff pula hanya senyum sambil gelengkan kepalanya.

"Dah agak dah. Good job! Yang selebihnya serahkan kepada kami. Kau boleh sambung tengok burung dekat luar." Kata Buff selamba.

Aku julingkan mata ke atas. Menyampahnya.

Terus, aku beredar dari situ. Okey, aku rasa aku dah sesat. Banyak sangat pintu dekat sini. Nak masuk mana ni?

Aku dah berjalan jauh ke depan. Nak patah balik ke arah tangga bawah tadi pun aku dah tak ingat dekat mana.

Aduh! Nak buat macam ni?

Redah je lah setiap pintu masuk yang ada.

Sudahnya, aku hanya buka tutup pintu yang aku rasa hubungkan aku dengan pintu luar.

Nak dekat beberapa minit aku masih tersesat.

'Abang, Tya sesat.' Aduku.

'Lah, macam mana boleh sesat pulak sayang? Buff mana?'

'Tadi ada, sekarang dah tak ada. Tya dah masuk banyak pintu dah ni.'

'Hmm, kejap majlis dah nak bersurai. Nanti abang cari sayang. Jangan pergi mana-mana. Tunggu situ.'

Tetiba, aku dengar suara perempuan yang sangat dekat dengan Zayden di sana.

Hatiku terus memanas.

'Abang dengan siapa tu? Bagitahu cepat.' Arahku.

'Anak Tuan Hisyam la sayang. Dia tengah ketawa dengan ayah dia. Abang kan teman saja.'

'Aqil, tengok ayah I ni. Suka sakat orang. Aqil, sinilah kejap.' Aku dengar suara perempuan tu cakap macam tu.

Sini kejap kau kata dekat laki aku? Kau tunggu, meh aku sini kejap dekat kau dulu.

Terus, aku matikan alat pendengaran. Kaki menapak laju mencari ball room yang menempatkan majlis itu.

Dah lah Zayden pakai segak malam ni. Dia boleh sini kejap dekat laki aku.

Aku dengar bunyi alunan muzik. Sah itu tempatnya!

Aku tahu jangan masuk campur. Tapi, dah perempuan tu duk ber 'I' dengan laki aku, mana tak hangin?

Terus, aku buka pintu dewan itu. Jelas ramai orang ternama di sini. Ada juga ahli perniagaan dalam dan luar negara.

Mata mencari susuk tubuh si Zayden. Tadi, dia pakai baju tuxedo suit berwarna hitam. Sekali tengok, macam dia pulak VIP dekat sini.

Dah jumpa! Mak ai, dia tengah bersembang dengan perempuan tu! Nasib ada ayah dia dekat tengah.

Kau tunggu, Zayden.

Aku buka cermin mata, pelitup dan topiku. Aku pakai lipstick merah di bibir. Supaya nampak lebih menawan.

Aku betulkan tudung dan pakaianku. Aku memakai evening dress satin berwarna hitam.

Terus, aku berjalan ke arah mereka yang sedang berbual itu.

Gilakan aku? Memang. Tapi, aku ada rancangan. Harap berjaya.

"Hello, Mr Aydez." Sapaku kepada seorang ahli perniagaan yang berada di meja mereka duduk.

Mr Aydez. Ahli perniagaan berbangsa Turki yang membuka syarikatnya di Malaysia.

Dia kenal dengan baba. Dan juga aku. Walaupun hanya sekali dua sahaja berjumpa dulu.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now