BAB 48

367 33 0
                                    

Aku menceritakan segala yang terjadi kepada hidupku.

Aku cerita tentang siapa Sofea, Rizzo. Vecchio aku cerita sikit sahaja. Dan segala penjenayah yang pernah meminta tolongku.

Juga, misiku ketika membunuh Encik Razeem dulu.

"Saya minta maaf sebab bunuh anak buah awak Zayyed." Jujurku.

Zayyed mukanya hanya selamba.

"Actually, kau tak bunuh dia pun. Bahkan sapa-sapa masa tu." Jelas Zayyed.

Aku jelas terkejut. Aku yakin aku dah tekan butang bom masa tu.

"Aku Zayyed Zamrezlah. Always one step ahead. Sebelum kau bom tu, anak buah aku yang lain dah selamatkan orang dalam rumah tu. Bom yang anak buah aku pijak masa tu, aku berjaya rungkaikan secepat mungkin." Ujarnya.

Aku tekup mulutku. Rasa bersyukur sangat.

"Tak payah rasa bersalah. Tapi, aku memang hangin dengan kaulah masa tu. Aku siap cakap lagi aku nak terajang kau kalau kita jumpa lagi. Terus tarik balik bila orang tu tup-tup nak jadi adik ipar aku." Katanya seraya mengeluh perlahan.

Tasnim ketawa perlahan. Agak kelakar takdir kami ni. Aku menggaru kepalaku.

"Jadi, Sofea adik awak tu berpura-pura jadi fake Angel semata-mata nak selamatkan awak? Daripada apa triad tu?" Soal Tasnim.

Aku dengan sayu mengangguk. Teringatkan Sofea.

Tasnim hanya diam. Faham dengan keadaanku.

"Saya pun dah berjanji dengan dia dan Rizzo yang saya takkan jadi pembunuh lagi." Kataku.

"Rizzo tu baik la. Tak sangka pembunuh macam dia masih ada hati dan perasaan. Saya ingat lelaki yang jadi pembunuh semuanya hati batu. Dah lah dia kata dia cintakan awak."

Aku terus ketawa melihatkan reaksi angkat kening Tasnim.

"Macam epic je kisah Rizzo. Macam Titanic. Sedihnya dengar." Katanya. Nangis pulak dia.

Pening kepala aku.

"Pasal Dark Triad tu, apa kaitan kau dengan dia sebenarnya." Soal Zayyed pula.

Aku berfikir sejenak. Aku pun tak tahu apa yang mereka dendam sangat dengan aku.

Aku menjongket bahuku.

"Saya pun tak tahu. Apa kerja yang mereka buat pun saya tak tahu." Jujurku.

Zayyed mengangguk. Kemudian, dia keluarkan telefon miliknya dan tekan punat merah di skrin.

"Okey, aku dah rekod. Bukan untuk tangkap kau. Jangan risau. Ni untuk Zayden. Dia suruh aku tengok-tengokkan kau sebab harini aku free." Katanya.

Baru nak sakit jantung aku dengar. Harapla dia tak menipu.

"Jadi, yang pelik pasal kumpulan tu adalah satu, tatu mereka yang pelik tu. Semua nombor 9. Pastu, kenapa mereka korek balik kubur adik angkat awak dekat UK dan ambil organ Sofea. Dan kenapa mereka hantar dekat baba awak." Simpul Tasnim.

Aku perlahan mengangguk.

"Zayden pun kena serang masa dia gi Turki dulu. Kau ada kan masa tu?" Soal Zayyed.

"Haa aa. Tapi apa kaitan Zayden dengan diorang. Nak kata Zayden polis pun, situ Turki, bukan di Malaysia." Kataku.

"Zayden cuma cakap dia tetiba kena kepung masa dia jalan haritu. Tetiba, kau datang. Dia pun tak tahu kenapa diorang kepung." Ujar Zayyed.

Dahi aku berkerut.

"Macam mana Zayden boleh datang ke Turki? Dia kata ada tugas. Untuk melamar saya kononnya. Saya tak rasa macam tu." Kataku. Dari dulu aku tertanya sebenarnya.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now