BAB 5

583 38 0
                                    

Dan sejak pada insiden itu, aku menelaah dan menggodam segala maklumat di laman sesawang untuk mencari siapa ahli GGK itu. Dan paling penting, siapa Raven?

Dan setelah seminggu aku menelaah, akhirnya aku jumpa juga jawapan.

"Grup Gerak Khas : Senarai Komando Terlatih (SULIT)"

Mataku tertancap pada nama itu. Lama.

"RAVEN TEAM

DIKETUAI OLEH : Leftenan Mohamad Zayyed Zamrez bin Ahmad ."

Aku yakin dia yang aku cari. Pangkat Leftenan. Aku yakin dia bukan calang-calang manusia. Setahu aku, pasukan GGK memang terdiri daripada ahli terlatih. Mereka banyak jalankan misi dan latihan di luar negara.

Macam mana aku nak hapuskan si Raven ni?

***

Aku tak boleh tidur lena. Kepala masih memikirkan cara bagaimana nak hapuskan Raven.

Semua jadi masalah kerana dia adalah GGK. Dan yang menambah masalahku sekarang ni adalah...

Artikel yang bagitahu tentang kerjasama Polis dan Ahli GGK itu, bukan anggota polis biasa yang selalu cari aku ni.

Ahli PGK. Pasukan Gerakan Khas yang terdiri daripada UTK dan VAT69 kalau aku tak salah.

Argh! Kepala makin runsing. Kenapa semua nak cari aku ni? Banyak lagi pembunuh lain. Aku jugak yang mereka cari.

Aku buka komputer ribaku. Seperti biasa, untuk mengetahui status terkini Malaysia.

Aku bukak artikel untuk semalam.

"7 OKTOBER 2019 : PIHAK PGK MELAKUKAN SIASATAN DAN PERSIAPAN UNTUK MENANGKAP PEMBUNUH TERKENAL NEGARA, ANGEL."

"Pihak PGK akan memperkukuh pertahanan dan alatan senjata sebagai persediaan rapi kerana misi mereka kali ini amat bahaya."

"Inspektor Ahmad berkata : "Angel sedang berupaya mendedahkan dirinya, dan kami takkan lepaskan peluang untuk menangkapnya untuk hukuman seterusnya. Sudah ramai ahli kami terkorban kerananya. Keadilan akan datang buat kita."

Kemudian, aku buka artikel-artikel sebelum ini tentang kes Angel palsu itu.

Nampaknya semua kes pembunuhannya memang sengaja didedahkan identitinya. Atau lebih tepat lagi, identitiku.

Semua cara pembunuhan yang dilakukan ada corak yang sama. Iaitu mengelar pergelangan tangan mangsa dan meletakkan identitiku. Angel.

Dan tempat pembunuhan juga sama. Di satu kawasan kilang terbiar. Mangsa tong sampah dulu juga di situ. Adila juga. Aku yakin dia betul-betul sengaja nak biar ditangkap. Makin lama makin nampak kebodohan dia.

Aku hembus nafas keluhan. Rasa macam nak lahap matcha latte lah. Aku bangun lalu menukar baju dan keluar rumah.

Aku terus bergerak ke kafe kegemaranku itu. Setelah sampai, terus aku masuk. Tetiba, ada orang menyapaku.

"Hai, Hanna kan? Ingat saya? Zayden." Kata Zayden. Memandang wajahku. Aku terus tersentak sebelum berlagak tenang dan polos.

"Hai, iya saya. Ingat. Awak yang tumpang duduk dengan saya dulu." Kataku sekadar mesra biasa.

"Boleh saya berkenalan dengan awak? Awak nampak macam orang yang baik." Katanya sambil senyum ikhlas kepadaku.

Aku terkedu. Baik?

"Erm, maaf saya tak ada masa untuk berkenalan dengan sesiapa." Kataku lalu terus meninggalkannya dan pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.

Zayden terkaku di situ. Melihatku. Terus di datang mengikuti aku. Aku mula rasa tak senang. Ada juga jadi mangsa aku japni.

Setelah membuat pesanan, aku sekali lagi meninggalkan dia dan duduk di tempat duduk pelanggan itu. Dan dia juga sekali lagi membututi aku.

"Kenapa dengan awak? Ada apa-apa masalah?" Soalnya. Aku pandang dia tajam. Dia seperti tiada agenda tersendiri. Memang dia ikhlas ketika bertanya.

"Saya okey je. Serabut kepala sikit." Hanya itu jawapanku. Takkan nak bagitahu dia yang aku serabut polis dengan tentera tengah cari aku sekarang ni. Memang tak la.

Dia mengangguk seraya bertanya lagi.

"Lama saya tak nampak awak. Sejak hari kita berjumpa dulu. Awak pergi mana? Adila pun rindu awak. Tapi tulah ..." katanya lalu mengetap rahang. Nampak riak seperti menahan geram.

Aku pandang dia. Dia dengan Adila ada apa-apa ke?

"Saya pergi luar negara. Saja-saja nak bercuti. Saya baru tahu pasal dia beberapa hari lepas. Awak dengan dia ada apa-apa hubungan ke?" Soalku pula.

"Dia kawan lama saya. Dia sudah selamat bertunang dengan abang saya. Tapi tulah, disebabkan pembunuh tak guna tu, bakal kakak ipar saya mati, dibunuh dengan kejam!" Getusnya marah.

Apa masalah Angel palsu tu? Aku yakin Adila adalah orang baik. Cantik pula tu.

"Kesiannya. Kenapa Adila kena jadi macam tu? Ada juga saya baca dalam berita. Kenapa dengan Angel tu ya?" Soalku berlakon kesian. Tapi jujur aku agak kesian dengan nasib Adila.

"Tapi saya dapat rasakan tu bukan Angel yang sebenar. Saya dah lama perhatikan Angel. Cara pembunuhan dia sangat halus dan teliti. Tapi untuk kesnya sejak kebelakangan ni, agak lain. Nampak tak berkemahiran langsung." Ujarnya.

Aku ingat aku sorang je rasa benda ni. Kalau mamat ni tahu diri aku yang sebenar, dah lama aku nangis terharu sebab dia. At least I'm not alone.

Aku hanya angguk sekadar faham. Buat-buat tak kisah pasal Angel itu.
Kemudian, kami sambung berbual tentang rutin harian kami. Sudah tentu aku menipu bulat-bulat.

Setelah itu, aku berkata kepada Zayden yang aku nak balik. Dia kata nak tolong hantarkan aku. Memang tak la. Alamat rumahku adalah alamat sulit. Aku hanya menolak dengan sopan. Sempat dia meminta nombor telefonku.

Aku pun berikan nombor telefonku. Aku ada banyak nombor telefon. Jadi tiada masalah untuk berkongsi dengan manusia lain. Lagipun, aku juga boleh mengorek sedikit sebanyak tentang Angel palsu itu daripada Zayden. Dia seakan tahu banyak tentang ini. Mungkin dia minat.

Kemudian, aku berjalan ke arah keretaku. Tetiba ada seorang budak remaja perempuan duduk di sebelah keretaku di tempat letak kereta itu.

Aku berjalan ke arahnya. Dia nampak seakan takut semacam melihatku. Nampak terkejut. Macam nampak pembunuh depan mata.

"Adik, adik okey?" Soalku.

Dia terus senyum lalu memelukku erat. Aku tersentak. Aku cukup pantang orang menyentuhku. Terus aku tolak perlahan budak ni.

"Safia rindu akak!" Ujarnya. Terus pucat muka aku. Safia? Safia nama adik aku. Tapi, dia dah mati lama dah.

"Aku tak kenal kau? Kau siapa?" Aku tanya lagi kepadanya.

"Safia adik akak. Sanggup akak lupakan Safia." Katanya lalu muncung tanda merajuk.

"Adik aku dah mati. Maaf, aku tak kenal kau. Dah tepi aku nak balik." Getusku.

"Akak, Safia lapar. Safia nak makan." Katanya.

Entah kenapa aku kasihankan budak ni. Lagipun setakat belanja makan apalah sangat.

"Aku belanja kau makan, pastu kau boleh jauh-jauh dari aku, boleh?" arahku.

Terus, bibirnya menguntum senyum bahagia. Aku hanya menggelengkan kepalaku. Mukanya agak persis dengan adikku dan juga manja sepertinya. Tapi, aku tau dia bukan adikku sebab aku nampak dengan batang hidung aku sendiri, ayah bunuh dia.

Terus, aku buka pintu kereta untuk dia masuk. Lantas, aku juga masuk ke dalam lalu hidupkan kereta dan bergerak ke kedai makan berdekatan.

Malam ni, aku ada misi. Aku pun kena juga isi perut aku. Nak membunuh, dia kena ada tenaga juga.
Kalau tidak, mental dan fizikal tak kuat.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now