BAB 16

427 27 0
                                    

Aku ambil telefonku di dalam beg. Kini aku berada di dalam kereta.

Setelah skrin telefonku bernyala. Terus berbagai-bagai notifikasi keluar di paparan telefonku.

Hampir semuanya datang daripada Zayden.

30 emails. 110 messages. 56 missed calls.

Banyak juga dia nak contact aku. Aku lihat data itu. Dia hantar mesej dan cuba menelefonku banyak kali. Sehingga 3 hari lepas.

Hari di mana aku jalankan misiku. Sejak daripada itu, dia sudah tidak menghubungiku.

Aku pulak yang rasa risau entah kenapa.

Aku terus cuba menghubunginya.
Tiada balasan. Dia tak angkat.

Aku cuba lagi. Masih sama. Aku cuba lagi. Dan masih lagi sama. Dia masih tak angkat.

Tetiba, aku mula resah. Jangan-jangan dia dah mati?

No. No. No. Aku tak boleh paranoid sebegitu.

Aku hanya membalas mesejnya sahaja yang banyak itu. Mesej terakhir aku baca.

"Hanna? Where are you?! Kenapa tetiba awak senyap ni? Balas la mesej dan call saya. I'm so worried about you! Kalau awak dah baca mesej ni, cepat call saya."

Risau betul dia. Padahal kami hanya kawan. Ke memang kawan akan jadi macam ni?

"Maaf, saya tak angkat. I've been so busy doing my work. Saya off telefon saya. I tried to call you. Tapi, awak pun tak angkat." Balasku.

Aku tunggu selama beberapa minit, tetapi masih tiada balasan. Jadi aku biarkan sahajalah. Nanti dia balas la kut.

***
Malam itu, aku tak dapat nak tidur. Kepala tetiba fikirkan Zayden. Sehingga sekarang, dia tak balas mesej aku. Mana tak risaunya.

Aku rasa macam ni lah dia rasa waktu aku tak angkat mesej dia. Tak sedap hati.

Aku buka telefonku. Terus mendail nama Tasnim. Mana la tahu si suami dia tahu dekat mana Zayden.

"Assalamualaikum, Hanna. Ada apa ya?" Soal Tasnim.

"Erm. Waalaikumussalam. Maaf saya ganggu. Awak tahu tak Zayden dekat mana?"

"Hmm. Saya tak pasti Zayden awak dekat mana. Kejap saya tanya suami saya ya?"

Zayden aku? Haha, kelakar pula dengar.

Aku mendengar bunyi Tasnim seperti bangun dan keluar dari bilik. Aku setia menunggu.

Setelah beberapa saat, dia kembali ke panggilan.

"Hanna, suami saya cakap dia tak tahu la. Maaf Hanna, saya tak boleh bantu. Kenapa tetiba awak cari Zayden? Ada apa-apa ke?"

Aku terdiam. Nak jawab apa? Takut Zayden dah mati? Terkejut beruk dia kang.

"Saja ja nak cari dia. Lama kami dah tak hubung. Risau sikit."

"In syaa Allah, saya yakin Zayden baik-baik sahaja. Awak jangan risau okey? Esok awak free tak? Saya nak ajak awak keluar. Girl's day!"

Sekali lagi aku diam. Seumur hidup aku, tak pernah orang perempuan lain ajak aku keluar. Kecuali Adila. Dulu pernah dia ajak aku pergi festival. Tu pun aku tolak. Aku marah dia sebab tak suka kami terlalu rapat.

"Boleh jugak." Kataku. Aku pun tak tahu kenapa aku setuju dengan ajakannya. Mungkin kerana aku selesa dengan dia. Dan aku juga dah makin matang.

Kalau Adila masih ada sekarang ni, aku yakin aku dah boleh berkawan rapat yang memang rapat dengannya. Bukan sekadar pelanggan dan pekerja.

Terus Tasnim jerit gembira.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now