BAB 62

399 35 1
                                    

Harini kami menginap di rumah papa. Dan harini juga adalah hari terakhir Zayden cuti.

Maksudnya lepas ni, aku akan jumpa dia selepas seminggu. Dia ada kerja dan kena pergi jauh. Walaupun masih dalam bumi Malaysia.

Selepas makan malam dan solat Isyak, terus aku naik ke atas untuk ke bilik.

Sejak hari perkahwinan aku dan Zayden, abangnya dah tak balik-balik rumah.

Mungkin pergi kerja jauh juga.

Aku terus berjalan ke arah balkoni bilik tidur suamiku.

Tengok langit malam. Dan bintang-bintang yang bertaburan.

Tetiba, pintu bilik dikuak perlahan. Aku tahu itu Zayden. Jadinya, aku hanya membiarkan sahaja.

"Sayang okey? Kenapa tak join kitaorang tengok movie?" Soal Zayden sambil menapak ke arah balkoni.

"Saya tak ada mood nak tengok." Kataku.

Dia memelukku dari belakang. Terus aku hidu bau wangian badannya yang semerbak.

Mesti aku rindu bau ni nanti!

"Sayang sedih sebab esok abang ke pergi kerja?" Tebaknya tepat.

Perlahan-lahan aku mengangguk. Jujur.

Terasa ada bibir menyinggah di ubun kepalaku. Aku mula rasa hangat dalam pelukannya.

"Seminggu saja sayang. Lepas tu, abang janji abang balik awal." Katanya.

"Tya memang tak boleh ikut ke?" Soalku.

Dia ketawa perlahan. Macam budak-budak soalan aku pun.

"Tak bolehlah sayang. Sayang duduk rumah okey, lagipun esok Zayyed balik. Boleh temankan adik ipar dia." Ujarnya.

Zayyed nak buat apa? Bagi aku sakit kepala saja.

Melihatkan aku masih diam membatu, dia memusingkan badanku supaya menghadapnya.

"Nak dengar abang nyanyi tak? Abang nyanyi sedap tau." Katanya.

Aku terus senyum mengangguk.

Dia berdehem sesaat. Kemudian mula bernyanyi.

"Percaya, padaku, tak akan kulupakanmu. Walaupun ku jauh, ku sentiasa milikmu..." Zayden mula menyanyikan lagu 'Jangan Menangis by Aizat Amdan'.

Aku tekun mendengar.

"Andainya kau rasa, perlu ku... luah saja, sedia ku mendengar...."

"Jangan menangis... Ini semua, ketentuanNya. Jangan berduka, ku kan selalu, ada untukmu..."

Wahh, jujur memang suaranya sangat sedap! Kemudian, dia pusingkan badanku sekali lagi kemudian memelukku erat dari belakang. Kepalanya di letakkan di sisi kepalaku.

Dia sambung menyanyikan lagi lagu itu.

"Hanya satu ku pinta, percaya pada diriku, hatiku hatimu serahkan pada yang Satu..."

"Andai bersalah maafkanku.... sesungguhnya tiada yang sempurna..."

"Jangan menangis, ini semua.. ketentuanNya. Jangan berduka, ku kan selalu ada untukmu.."

"Bertahan, walau apa, tak kira apa saja, bertahan walau apa, bersama selamanya..."

Kemudian, dia mengulang korus lagu itu. Aku terbuai dengan suara merdunya.

Perlahan air mata menitis. Bukan sebab aku sedih. Tapi sebab aku terharu dan bersyukur ada suami seperti Zayden.

Zayden terus mengeratkan lagi pelukan. Dia menggenggam tanganku.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now