BAB 26

414 31 0
                                    

Dup dap! Dup dap!

Aku pandang wajahnya. Air mukanya sangat ikhlas setiap kali dia mengatakan apa-apa saja perasaannya kepadaku.

Tak ada yang aku lihat seperti mengandungi motif lain.

Mungkin hanya perasaan aku sahaja.

"Ohh." Hanya itu yang mampu aku jawab.

Aku tidak pandai kalau bercerita soal hati dan perasaan.

"There's something I wanna show you, Hanna." Ujarnya.

Aku menanti dia menyambung perkataannya.

"Kita makan bagi habis dulu ya." Mintanya.

Aku senyum lalu mengangguk. Terus menyambung makan.

Setelah pingganku licin dan air juga dah selamat masuk dalam perut. Aku terus memandangnya.

Nampaknya dia juga sudah selesai dan sedia menyambut pandanganku.

Jantung masih lagi berdebar. Tambah-tambah melihat pandangan matanya. Bulu matanya lentik. Sangat indah untuk dipandang.

Melihatkan aku juga sudah habis makan, dia bangun dan berjalan ke arahku.

"Come." Ajaknya dan membuat gaya gentleman lagi. Aku pun turut bangun dan berjalan di sebelahnya.

Kami berjalan ke arah satu lectern berwarna emas putih di situ.

Sehingga kami tiba di depan lectern itu, kami berhenti. Zayden memandangku.

"Now, put those rings here." Katanya seraya menunjukkan dua lubang yang bersebelahan di atas lectern itu.

Aku pun terus mengeluarkan cincin-cincin di jariku lalu meletakkannya seperti yang diarah Zayden.

Setelah itu, ada sesuatu yang keluar dari dalam lectern itu.

Kotak baldu berwarna merah gelap.

Makin laju degupan jantungku. Don't tell me...

Dia ambil kotak baldu merah itu dan terus melutut sebelah kakinya di hadapanku.

Kotak itu dibuka, terpampang jelas cincin bertatah berlian berbentuk round brilliant.

Dia senyum melihat reaksi terkejutku. Matanya jelas sarat dengan perasaan sesuatu yang aku rasa orang panggil sebagai cinta. Tapi, benarkah?

"Hanna, to love is nothing. To be loved is something. But to love and be loved is everything. And that's when I look at you for the first time."

"When I look at you, I see the rest of my life in front of my eyes. I asked Allah for happiness, and He gave me you."

Aku terdiam. Lidah terasa kelu.

"If a hug represents how much I love you, I would hold you in my arms forever."

"It wasn't a dream to be with you, it was a prayer. Hanna, saya cintakan awak. From day one until the end."

"Will you marry me and build a life with me?"

Air mata yang cuba ditahan akhirnya tumpah jua.

Zayden betul-betul cintakan aku. Tasnim is right. Dan Zayyed.

Zayyed!

Kalau aku setuju nak bersama dengan Zayden. Aku akan terikat dengan keluarga dia yang ada Zayyed.

I'm an assassin! Macam mana aku boleh terlupa!

Aku pandang wajahnya. Jelas penuh mengharap. Kotak baldu yang dipegangnya juga agak sedikit menggeletar.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now