BAB 58

418 35 0
                                    

Kami berhenti melangkah sebaik saja kami berada di kolam ikan yang sedikit jauh dari rumah banglo papa.

Dia memusingkan badannya menghadapku.

Aku terus buat-buat pandang tempat lain.

Dia mengeluh lemah. Nafas dihembus perlahan.

"Tya, awak masih marah ke? Kan saya dah minta maaf. Banyak kali saya cakap." Katanya.

Aku masih diam memandang ikan-ikan yang berenang di sebelahku di dalam kolam.

"Saya nak explain dekat awak, tapi awak selalu mengelak dari jumpa saya. Saya minta maaf sekali lagi, sebab berahsia dengan awak." Ujarnya ikhlas.

"Then, explain. Now." Kataku tegas. Akhirnya, aku mengalihkan pandangan ke arah Zayden yang tepat memandangku.

"Lepas kita kahwin, saya akan terangkan semuanya. Saya janji." Katanya.

Aku terkedu. Rasa nak marah. Dah kenapa nak kena tunggu lepas kahwin?

"Kenapa? Supaya senang awak nak lempar saya dalam lokap nanti, sebab awak dah jadi suami?" Soalku mendesaknya.

Zayden tunduk. Cuba menahan sabar.
Aku pun tengah tahan sabar. Dia ingat dia sorang je?

"Tak sangka, awak jadi macam ni. I thought you were a shy but strong girl." Katanya mendatar.

Aku mengerutkan dahiku. Kenapa bunyi dia macam dia menyesal pilih aku?

"Kalau macam tu kita batalkan je la..." Tak sempat aku menghabiskan ayat, dia terus datang ke arahku. Sangat dekat.

Terus, terdiam seribu bahasa. Dia tundukkan wajahnya supaya menatapku lebih dekat.

"But I like this version of you more. Feisty and adorable at the same time."

Terus, akak jantung mula bekerja lebih waktu. Laju berdegup.

Aku telan liur. Terus aku mengundur setapak ke belakang.

Zayden terus senyum menyenget. Mak ai, aku tak suka bila dia senyum macam tu. Rasa macam dia bagi double meaning.

"I'm proud of my fiancée. She stood up for herself. She's independent. But she doesn't trust me fully as I trust her." Ucapnya memujiku.

"Saya janji Tya, lepas kita kahwin saya akan jelaskan segalanya. Kenapa saya tak jelaskan sekarang, sebab tengoklah awak dah mula memberontak. Siap nak batalkan. Batalkan apa? Our wedding?"

"I would never let you do that, Tya. Sebab tu saya tunggu kita halal dulu, senang nak jinakkan awak nanti." Katanya cuba mengusik.

Terus memerah pipiku. Terpanar aku dengan kata-katanya itu.

"Awak ingat saya binatang ke, nak jinak-jinak bagai? Oh, jadi betullah apa yang si Soleha tu kata, awak...."

Sekali lagi kataku terpaksa dihentikan apabila Zayden terus mencuit hidungku lembut. Sarung tangan masih dipakainya.

Dan sekali lagi itulah mukaku membahang. Malu dan marah.

"Can't wait for you to be mine, my Angel." Katanya terus meninggalkan aku sendirian bersama ikan-ikan.

Ikan-ikan pun rasa nak termuntah tengok adegan kami. Depan mereka juga dia nak buat ayat potong kaki si Zayden ni pun.

***

Akhirnya, hari yang dinantikan telah tiba. Aku akan bergelar isteri orang sekejap sahaja lagi.

Majlis akad nikah diadakan di rumahku yang sekarang baba dan anne yang banyak uruskan segala kelengkapan untuk majlis akad nikah.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now