BAB 13

460 29 0
                                    

Pukul 2.15 petang, aku sudah selamat sampai di Itali. Aku disambut oleh Vecchio dan beberapa anak buahnya.

Aku hanya mengenakan baju sut hitam dan topeng muka. Seperti biasa.

"Benvenuto in Italia. Sei pronto per la tua missione? (Welcome to Italy. Are you ready for your mission?) . Soal Vecchio berdiri terpacak di hadapanku.

Barang-barangku semuanya sudah diangkut oleh anak-anak buahnya.

"SÌ. Dov'è Rizzo?" (Yes. Where's Rizzo?).

Aku pandang sekeliling. Hanya kami dan anak buahnya sahaja di lapangan ni.

"Lui non è qui. Ma non preoccuparti, stasera avremo tutti un incontro veloce per domani." (He's not here. But don't worry, tonight we all will have a quick meeting for tomorrow.)

Aku hanya mengangguk faham. Kemudian, dia menyuruhku naik ke keretanya untuk pergi ke rumah agamnya.

Setelah sampai, aku pun turun daripada kereta dan masuk ke rumahnya. Dia tunjukkan aku bilik untukku menginap.

Rumah dia ni tak payah tanya besar ke tidak, geng-geng mafia celup Itali mana nak ada rumah besar reban. Semua mengalahkan istana negara.

Bilikku pun boleh tahan besar. Lebih kurang sahaja dengan saiz bilikku. Cuma perabotnya nampak lebih mahal.

Aku letak segala mak nenek barangku di atas sofa. Vecchio pun dah lesap entah ke mana, aku pun tak tahu.

Dia cuma pesan tepat pukul 9.00 malam, aku kena turun ke bilik mesyuaratnya di tingkat bawah. Aku hanya akur sahaja.

Masih ada lagi banyak masa. Batang hidung Rizzo pun aku tak nampak lagi. Harap-harap dia boleh sesuaikan diri dengan cara aku. Aku jenis tak suka tinggalkan jejak langsung.

Aku lupa nak bagitahu Sofea aku dah bertolak. Telefon pulak aku lupa beli satu dekat dia. Aku harap dia baik sahaja sepanjang aku tak ada dekat Malaysia.

Zayden pula sejak semalam, dah tak hubung dengan aku. Sibuk mungkin. Tapi, telefon aku tu ada dekat rumah. Halah.

Tetiba, pintu bilikku diketuk. Aku terus pakai topeng dan lihat siapa yang ketuk.

Ada seorang lelaki yang juga memakai topeng seperti ala scream mask.

Dan aku yakin itu adalah Rizzo!

"Let's have a talk." Ujarnya dalam bahasa Inggeris. Mungkin dia fikir aku tak faham bahasa Itali rasanya. Bagus jugak. Tak payah aku nak pening lalat nak tafsir ayat satu-satu.

"Sure. What's the matter?"

Dia masuk ke dalam bilikku lalu dikunci sebentar. Aku mula rasa tak selesa. Privasi sangatke apa yang dia nak cakap?

Kemudian, dia berlalu dan duduk di atas sofa itu.

"I don't want to work with you. You'll be a burden."

Aku terkedu. Dia cakap apa? Burden? Kepala mula berasap. Dia sambung lagi katanya.

"I can kill Capponi on my own. If Mr.Vecchio still wants us to work together, you just have to watch me from afar till I'm done."

Selamba badak dia kata macam tu. Macam aku ni pembunuh level kanak-kanak ribena dekat taman saja.

"Don't test my patience, Rizzo. I'm not weak. I'm also professional." Ujarku cuba bersabar.

Tetiba, dia bangun dan sekelip mata dia mengeluarkan pisau kecilnya dan tuju ke arah leherku dan aku terus terhentak sedikit di dinding.

"Prove it!" Getusnya.

Oh, dia cabar aku! Dia ingat dia sorang je lah yang pro macam bapak ayam.

Terus, aku hantukkan kepala aku di kepalanya. Dia agak tersentak. Kepala aku ni memang keras. Nampak la sedikit rekahan di topeng mukanya.

Kemudian, terus aku mengubah posisi dan sekarang ni aku pula yang acukan pisau karambit aku ke arahnya.

Untuk elakkan dia bertindak, aku tekan perutnya dengan kakiku. Kuat. Dan lengan kirinya aku tikam sedikit dengan knuckleduster milikku.

Dia agak tersentak dengan perbuatanku.

"Impressive. Okay, I surrender. You really are a great assassin, Angel." Ujarnya.

Kemudian, dia angkat tangan sebelahnya tanda mengalah. Aku pun terus leraikan pergelutan antara kami.

Sekali lagi remehkan aku memang siap dia aku lumat-lumatkan.

Kemudian, dia kembali duduk di atas sofa.

"You know our mission will not be easy right? Capponi is a really dangerous. That's why I tested your skills. 10 out of 10." Katanya sambil memandangku.

Aku tahu Capponi memang bahaya. Tengoklah macam mana dalam masa setahun lebih, dia dah ada grup mafia sendiri.

Kembang semangkuk juga bila dia puji aku. Haha.

"Yea. I know. We'll try our best." Ujarku. Entah kenapa aku rasa riak wajahnya berasa sedang sedih walaupun dia pakai topeng. Seakan sembunyikan sesuatu.

"Just make sure you're safe. You deserve a good life longer. I know you're a woman, Angel." Katanya.

Aku terus terkejut beruk. Dia tahu sebab nama aku Angel ke? Ye lah memang selalunya nama tu lebih feminin, tapi tak bermaksud ia memang khas untuk wanita.

"Don't worry, your secret is safe with me." Jaminnya.

"But how you know? And why you said like that?" Soalku. Ni baru kali pertama aku berkenalan dengan Rizzo.

"Just by your attitude Angel, I know you're a woman already. Mostly when I do like that just now to a man, he will not let me go until his ego is back on top. You know what I mean."

Aku terdiam. Bukan sebab tak faham. Aku faham maksudnya. Aku kena berhati-hati takut nanti semua orang dapat rasakan aku ni perempuan sebenarnya.

"And why I said that? Because I don't want to see any woman I know and somehow part of my life is dead. I think all women in this world deserve to live a happy life. But most men messed it up." Luahnya berbaur kesedihan.

Aku yakin mesti ada sesuatu tragis yang berlaku dalam hidup Rizzo. Tapi, aku tak ada hak nak tanya sebab aku belum rasmi jadi kawannya lagi. Lagipun, ini mungkin isu sensitif.

Kebanyakan pembunuh tidak suka mengenang kisah silamnya. It makes us somehow triggered.

Dan akhirnya kami diam sejenak. Aku pula tak tahu nak balas apa. Hanya angguk. Dia pun dah pamit untuk ke biliknya. Ambil rehat dan cas tenaga sebanyak yang mungkin. Esok mesti penat.

Aku harap misi kami esok, semuanya berjalan dengan lancar. Dan kami berdua akan selamat. Lagipun, kami berdua sudah banyak pengalaman jadi pembunuh upahan ni.

Tetiba, aku teringatkan Sofea. Harap-harap anak buah Capillo tu tak cari dia. Kalau tidak, aku akan pastikan semua keturunan anak buah dia mati. Aku cukup tidak suka orang kacau hak aku.

Sofea adalah tanggungjawab aku. Sekaligus dia adalah hak aku. I'll protect whats mine.

Sudahnya, sementara menunggu pukul 9.00 malam, aku hanya menelaah segala maklumat dan teknik yang penting untuk aku gunakan sebagai persiapan esok.

Aku harap Capponi tengah sedap-sedap tidur dekat rumah dia. Tanpa ambil sebarang langkah berjaga-jaga. Boleh rosak semua perancangan aku.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now