BAB 7

576 35 0
                                    

Malam ini. Malam yang berkemungkinan besar malam terakhirku atau malam terakhir Sofea. Budak yang mengaku dirinya Safia, adikku.

Apa yang aku tahu daripadanya hanyalah dia anak luar nikah Mr.Capillo. Mungkin ibunya itu berbangsa Melayu sebab wajah Sofea juga ada iras wajah orang melayu walaupun sedikit kacukan bangsa Cina.

Akhirnya, aku sudah membuat keputusan muktamad. Aku akan pergi ke tempat Capillo itu. Dan aku juga sudah membuat backup plan. Harap semuanya berjalan lancar.

Tepat pukul 11.30 malam, aku keluar daripada rumahku dan masuk ke keretaku. Lalu, aku terus keluar bergerak ke tempat kediaman Mr.Capillo.

Seperti biasa, aku pakai topeng dan jubah hitam. Untuk menutup identiti dan jantinaku.

Dalam perjalanan, aku terbayang wajah kecil Sofea itu dengan adikku. Aku harap dia masih selamat.

Setelah 30 minit perjalanan, akhirnya aku sampai di perkarangan rumah agam lelaki itu. Penuh dengan bodyguard sana sini. Gaya seperti samseng. Meluat aku tengok.

Kaki melangkah masuk ke dalam selepas mendapat kebenaran. Penuh aura kejahatan dalam rumah ini. Wanita yang sedia menjadi hambanya juga banyak merayau di dalam rumah ini.

Kemudian, ada seorang anak buahnya menyapaku.

"Angel, follow me. The boss waits for you downstairs." Katanya. Aku hanya mengangguk lalu membututinya dari belakang.

Setelah sampai, pintu bilik dikuak perlahan. Mataku jelas terlopong melihat ada seorang budak kecil yang sedang diikat ketat di atas sebuah papan dinding besar. Sofea! Nasib baik aku pakai topeng.

Entah kenapa amukan aku mula membara. Sanggup dia buat macam ni dekat seorang budak.

"Hey, Angel! You see this? This is your prey tonight. Enjoy!" Katanya sambil bangun seraya memegang pipi Sofea. Sofea sedang pengsan. Matanya tertutup. Luka-luka penuh di sekitar badan dan wajahnya. Mesti penat diseksa.

Sejurus itu, aku teringatkan adik aku.

"Is this your real daughter?" Soalku meminta kepastian.

"Yes, this stupid girl is my daughter. She's so weak. I don't want her. So, make sure she's dead." Katanya.

Aku angguk. Setelah itu, aku mengeluarkan satu pisau panjang dan tajam di sebalik jubahku. Aku berjalan ke hadapan. Ke arah Sofea dan Capillo.

Setelah terpacak di hadapan mereka. Capillo mula menjarakkan diri. Memberiku ruang untuk membunuh Sofea.

Aku meletakkan pisau di leher Sofea. Dia masih nyenyak tidur. Tidur yang menyeksakan. Seperti adikku.

Tanganku yang memakai sarung tangan itu agak bergetar tapi aku cepat menahannya. Capillo mula bergerak ke arah sofanya lalu menuang air kuning itu untuk diminum.

Tangan kananku memegang pisau manakala tangan kiriku pula memegang pistol di sebalik jubah mantel aku itu. Bersedia untuk menembak lelaki di kiriku ini.

Aku buat keputusan untuk menyelamatkan budak ini. Dan juga diriku pada masa yang sama. Tapi, sudah jelas risikonya sangat tinggi. Capillo juga bukan calang-calang samseng.

Bang! Bang! Bang!

Tepat kena pada organ utama lelaki itu. Kemudian, anak buahnya yang sedang berdiri di depan pintu masuk mula datang ke arahku.

Aku menggunakan segala teknik mempertahankan diri sebaik mungkin. Untuk aku dan budak di belakangku ketika ini.

Aku kelar leher salah seorang daripada mereka dan jadikan dia sebagai perisaiku. Kemudian, aku tembak yang kedua.

Terus aku pergi kunci bilik itu. Mesti anak buahnya yang lain akan datang tak lama lagi. Kalau ikut anggaran aku dekat rumah tadi. Kemungkinan selepas 10 minit, semua anak buahnya akan beratur di sebalik pintu ini untuk membunuhku.

Dan dalam masa 10 minit, akan aku pastikan diriku dan budak ini terlepas.

Masih ada seorang lagi anak buahnya sedang melindunginya dari arah depannya sambil mendepakan tangan.

"How dare you betray me!" Ujar Capillo berang dengan tindakanku. Mulutnya sudah mengeluarkan cecair besi merah. Badannya juga mula terhuyung-hayangnya. Mungkin dalam beberapa minit, dia akan mati.

Aku hanya buat tak tahu sahaja lalu dengan pantas aku memotong tali yang mengikat Sofea. Sofea masih tidur. Aku dapat rasakan dia makan pil tidur. Supaya mati dengan tenang. Ini buatkan aku lebih marah.

Lantas itu aku merangkul budak itu. Dan tetiba Capillo menikamku di bahagian tepi perutku.

Sakit yang sangat sakit. Tapi aku letak tepi masalah itu. Aku takkan sesekali lepaskan budak ini kalau tidak semuanya sia-sia.

Aku pegang erat pistol di tanganku. Pisau sudah aku simpan di sebalik jubahku. Tangan kananku masih merangkul erat budak ni.

Tetiba, anak buahnya juga datang untuk menyerangku. Kalau orang lain, mungkin dia akan buntu dan serah diri. Tapi aku Angel! Selagi matlamat aku tak tercapai, takkan pernah aku mengalah.

Lantas, aku melihat ada satu alat pemadam api tergantung di situ. Tanpa buang masa, aku terus tembak alat itu.

Alat itu bocor dan mengeluarkan gasnya untuk menghilangkan oksigen di persekitaran. Aku terus menutup hidung budak itu. Asap yang terhasil boleh menjejaskan sistem pernafasan dan juga boleh membawa maut kalau terlalu lama.

Seluruh bilik itu dikelilingi asap putih. Capillo yang terhuyung-hayang itu juga sudah jatuh kerana mula sesak nafas. Anak buahnya masih menghalakan pistolnya ke arah yang dia rasakan ada aku. Dia juga tidak nampak. Nasib aku pakai topeng.

Aku terus tembak anak buahnya dengan tiga das tembakan. Terus rebah lelaki itu.

Kemudian, sekali lagi aku tembak Capillo. Dan setelah itu, aku yakin dia mati. Aku terus keluar dari pintu masuk. Masih belum cukup 10 minit. Aku masih ada masa 3 minit lagi untuk melarikan diri.

Kalau ikutkan perkiraanku, aku akan sempat kalau aku seorang. Tapi, sekarang aku sedang membawa seketul manusia. Aku pun tak pasti sempat atau tidak.

Jadi, aku buat keputusan untuk mengambil telefon pintar milik Capillo di atas meja. Aku buka satu aplikasi yang khas untuk memberi arahan kepada anak buahnya. Aku taip untuk memberi arahan kecemasan.

"I command you all to go to the back page right now. Search for the kid! She's gone! Never leave until I command you to leave."

Lantaran itu, berbunyi penggera kecemasan. Aku keluar melihat semua manusia-manusia di situ termasuk orang gaji menapak laju ke arah belakang.

Tanpa membuang masa, aku terus berlari ke pintu hadapan setelah aku yakin keadaan dah selamat.

Aku berlari dan terus masuk ke dalam kereta dan meletakkan budak itu di bahagian belakang. Terus aku masuk dan beredar dari situ.

Aku lihat jam. Tepat pukul 1.35 pagi. Sempat aku ambil beg bimbit yang berisi duit satu juta itu di atas meja tadi. Jadi, misiku yang aku cipta sendiri berjaya!

Aku menghembus nafas lega. Semua yang jadi tadi masih perancangan asal ku. Backup plan aku adalah meletupkan rumah itu terus. Aku sudah memasangnya dalam perjalanan ke bilik bawah tanah itu. Tapi, rancangan itu agak berisiko dan sangat bahaya. Kerana nyawaku juga mungkin tidak selamat.

Nasib baik, rancangan asalku berjaya. Duit pun aku dapat, budak ini juga aku dapat selamatkan. Mulut Capillo juga aku berjaya tutup selamanya-lamanya. Aku tak sempat ambil mayatnya. Namun biarkan sahaja. Kalau anak buahnya ingin mencariku. Carilah. Aku sudah bersedia.

Lagipun, hanya Capillo sahaja yang tahu banyak rahsiaku. Anak buahnya tidak tahu apa-apa melainkan nama samaranku.

Mungkin semuanya akan selamat. Hidupku memang penuh dengan risiko. Aku kena bersedia mental dan fizikal.

Kadang-kadang, musuh boleh menjadi kawan, dan kawan boleh menjadi musuh. Semuanya takkan kekal menjadi pihak kita. Kita mesti lakukannya sendiri.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now