Special Chapter: Zayyed's Last Letter

724 47 1
                                    

Setelah aku bangun daripada koma, aku mendapat berita bahawa Zayyed sudah dikebumikan sebagai perwira negara.

Bangun-bangun, terus aku menangis. Aku tak sempat pergi majlis pengebumiannya. Padahal, dia meninggal dunia sebab aku.

Dan setelah aku bangun juga, Zayden memberiku surat. Katanya daripada arwah abang iparku itu.

Aku terus ambil dan baca surat itu. Dengan hati yang masih sedih, aku baca.

"Teruntuk adik iparku, Tya aka Angel,

Aku harap masa kau baca surat ni, kau dah selamat melahirkan anak saudara aku. Aku harap sangat dia anak lelaki. Cakap dekat dia pak long sayang dia.

Aku ada permintaan, aku harap kau sudi nak letak nama anak kau nanti sebagai Zayan. Itu nama yang Adila nak sangat kalau dia ada anak nanti.

Kalau kau dan Zayden sudi, aku nak ucap terima kasih. Dan, aku nak minta maaf sepanjang aku kenal kau, aku selalu bagi kau marah dan sakit hati. Dan aku nak terima kasih untuk segalanya. Kau sedikit sebanyak kurangkan rasa rindu aku dekat Adila.

Kau jadilah isteri yang baik untuk adik aku. Jaga Zayra betul-betul. Mungkin saat kau baca surat ni, aku dah selamat jumpa dengan tunang aku dekat alam sana. Doakan kami bahagia!

Semoga keluarga kau dan Zayden nanti sentiasa bahagia sehingga ke syurga. Aku dan Adila tunggu semua dekat sana, ya?

Selamat tinggal, Tya. Jangan kau nangis pulak. Buruk aku tengok bila kau nangis. Haha.

Kita pernah cakap bahasa jepun kan masa perbualan awal kita dulu? Sekarang aku akhiri perbualan ini dengan sayonara dan assalamualaikum."

Aku teresak-esak menangis. Pada masa yang sama geram. Sempat lagi kutuk aku dia ni.

Dia tulis semua surat untuk setiap ahli keluarga kami. Zayra paling teruk menangis. Tak sangka dia sempat peluk abangnya buat kali terakhir.

Dan dia alami trauma yang agak teruk. Sampai dia tak nak keluar rumah langsung dan tak nak makan. Nasib Deniz ada untuk hiburkan dia.

Zayyed juga hadiahkan rantai askar untuk Zayra sebagai kenangan. Lagi teruk dia murung.

Ya Allah, pertemukanlah abang iparku dengan cinta hatinya, Adila di alam sana.

Semoga awak tenang di sana ya, Zayyed. Saya takkan lupa semua kebaikan awak. Dan segala memori kita.

Rindu nak makan aiskrim coklat dengan dia. Selalunya dialah yang suruh aku teman dia.

Dia memang perwira negara yang hebat! Macam suamiku. Aku bangga aku ada ahli keluarga seperti mereka. Berkorban nyawa demi keamanan negara.

"When you're in love, you'll understand,"

Aku masih ingat lagi Zayyed pernah cakap begini kepadaku masa mula-mula kenal dulu.

Dan ya, akhirnya aku faham. Cinta itu akan indah bila kita saling berkorban untuk satu sama lain. Cinta akan bermakna apabila kita tahu, kebahagiaan orang yang kita cintai adalah lebih penting dari diri kita sendiri.

Dan aku faham bila Zayyed cakap sebab cinta, tentera pilih untuk berkorban nyawa dan masa demi negara.

Supaya keluarga dan anak-anak mereka dapat hidup dengan aman dan mendapat keperluan hidup yang baik.

"If you don't sacrifice yourself for who you love, then who you love will become the sacrifice."

Now, I know the real meaning of love.

Love is unconditional. Even ego or detestation can't defeat the power of love.

Untuk itu, aku berterima kasih kepada suamiku dan Zayyed. Dan semestinya paling utama, aku sangat bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan aku dengan mereka.

From the beginning.

Dan untuk Rizzo, aku harap dia juga tenang di sana. Dia juga sedikit sebanyak mendorongku untuk menjadi lebih baik. Tanpa aku sedar pun selama ini.

"All woman deserve to be happy."

Aku masih ingat kata-katanya. Dan ya Rizzo dan Sofea, I hope you guys can watch me now, I finally happy.

I have a family, I married a good man. I explored the world for you. I raised my children well.

Sampai bila-bila, aku takkan lupakan mereka semua. Rizzo, Sofea, mama, Safia dan Adila.

Dan untuk Zayyed, jaga diri. Doa kami sekeluarga sentiasa ada untuk awak dan Adila.

Saya anggap awak macam abang saya sendiri. Tak lebih dan tak kurang.

You're really a good man and brother.

Selamat tinggal, abang ipar! Kita jumpa di sana nanti, in syaa Allah.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now