"Akak, Safia dekat mana ni?" Tanya Sofea yang sedang berbaring di atas katil tetamu itu.
Aku sedang melihatnya. Badannya penuh dengan luka dan lebam. Entah kenapa aku sangat marah dan kesian dengannya.
"Dekat rumah aku. Aku bagi kau tinggal sini sementara waktu. Kau boleh merayau-rayau dekat sini. Tapi, jangan sesekali kau cuba masuk bilik dekat bawah tanah tu. Kalau aku dapat tahu, siap aku kerjakan kau. Kalau tak nak hilang tangan dan kaki, lebih baik dengar cakap aku." Ujarku tegas.
Dia memandangku lama. Kemudian, dia senyum gembira. Aku terus bangun dan ingin keluar dari bilik itu.
"Akak, pergi mana?" Tanya Sofea. Aku kembali mengalihkan pandanganku kepadanya. Muka sedih terpampar di riak wajahnya.
"Aku nak turun bawah. Nak buat kerja. Kalau kau lapar, aku ada masakkan nasi goreng. Kau makanlah." Kataku seraya terus menghilangkan diri di dalam bilik itu.
Aku rasa lebih baik buat masa sekarang, budak tu tinggal dengan aku. Lebih selamat. Sebab aku yakin, anak-anak buah Capillo masih cari kami. Dan aku rasa bertanggungjawab ke atas Sofea.
Mungkin kerana dia mengingatkan aku dengan adikku.
Aku turun ke bawah. Seperti biasa, aku buka komputer ribaku dan membaca artikel-artikel terkini.
Tiada sebarang berita daripada Angel palsu itu. Dia mati atau kena tangkap dengan polis dah ke?
Tak kisahlah, lagi bagus. Tak payah aku nak maki dia setiap hari.
Tetiba, telefonku berbunyi. Aku ambil dan lihat Zayden sedang menelefonku. Aku akhirnya angkat.
"Assalamualaikum, Hanna. Harini awak free tak? Saya nak ajak awak keluar." Katanya mengajakku.
Aku terkedu. Sudah lama aku tak jawab salam satu hal. Sudah lama aku tak berinteraksi secara normal dengan manusia lain juga dah satu hal.
Mendengarkan aku masih macam patung Annabelle di situ, dia bertanya lagi.
"Erm, hello, awak okey tak? Kenapa senyap? Is there something wrong happened?" Soalnya lagi.
Aku terus menjawab.
"Ohh, waalaikumussalam. Erm saya tak pasti saya sibuk ke tak. Awak nak ajak pergi mana?" Tanyaku. Aku tak tahu aku patut terima ajakannya atau tidak.
"Hahaha, awak tak pasti awak sibuk ke tak? Comellah awak ni. Haha. Sejujurnya, saya nak ajak awak pergi makan dekat satu restoran ni. Kalau awak sudilah, saya belanja. Don't worry." Katanya lagi.
Sekali lagi, mulutku seakan digam. Wajahku mula membahang. Aku tak tahu aku tengah rasa apa. Tak pernah aku rasa macam ni. Nama perasaan tu apa tah?
"Tengoklah dulu macam mana." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku.
"Baik. Kalau awak sudi, awak bagitahu saya ya. Assalamualaikum, bye my sweet Angel!"
Mendengarkan sebaris ayat terakhir itu, terus aku letak panggilan. Jantung berdegup kencang. Aku tak tahu apa yang dia maksudkan dengan Angel itu.
Adakah dia dah tahu identitiku? Tak mungkin. Tiada siapa yang tahu. Hanya keluarga angkatku di Turkey sahaja yang tahu. The Özdemir's Family. Antara keluarga jutawan yang kaya di Turkey. Aku rapat dengan anak lelaki mereka. Muda 3 tahun dariku. Mungkin sekarang masih belajar di universiti.
Aku harap aku salah dengar apa yang dikatakan oleh Zayden. Kalau dia tahu diri aku yang sebenar, aku harus terpaksa membunuhnya.
***
"Sedap akak Safia masak!" Puji Sofea. Aku sedang membasuh segala pinggan mangkuk di singki itu. Dia pula sedang makan di bar stools yang berwarna emas hitam itu.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...