BAB 55

390 31 0
                                    

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Sepertinya aku di dalam bilikku sendiri.

Aku bangun. Bajuku sudah ditukar.

Aku cuba mengingat semula apa yang jadi semalam.

Oh, ya. Aku berlari mengejar Zayden dan dia menyuruhku untuk pusing belakang dan...

Dia pukul aku...

Kenapa? Dia marah ke?

Dia anggota UTK. Mungkin dia kena rahsiakan identitinya.

Kejap. Zayden anggota UTK?

Bukan polis biasa je ke? Aku ingat dia macam inspektor biasa.

Jadinya, dia juga ada misi untuk menangkap aku?

Aku tekup mulutku. Jantung seakan-akan berhenti.

Aku rasa macam.... dipermainkan.

Tah-tah dia kahwin dengan aku sebab nak tangkap aku nanti senang.

Sebab tu abang dia macam tak kisah sangat aku jadi adik ipar dia. Macam tu?

Supaya senang dua beradik tu nak lempar aku dalam lokap.

Dah lah dia pukul aku semalam. Sanggupnya dia.

Aku buka telefonku. Tiada sebarang mesej atau panggilan daripada Zayden.

Kut la dia nak bagitahu kenapa dia pukul aku semalam. Ni tak, diam dari semalam.

Wah, tetiba rasa sakit di bahagian dadaku. Rasa macam ditikam.

Aku rasa sangat dikhianati. Memang hati perempuan begini ke? Padahal aku belum mendengar penjelasannya lagi.

Aku mengeluh perlahan. Penat la fikir sesuatu yang tiada jawapan ni.

Sudahnya, aku bangun dan capai tudung untuk turun ke bawah.

Sesudah aku buka pintu, aku lihat ada Zayden sedang tidur di atas sofa di ruang tamu di tingkat atas.

Ruang tamu itu berhadapan dengan bilikku.

Aku terkejut. Sejak bila dia setuju nak tinggal sini?

Melihatkan pakaian UTK itu, terus hati rasa dicengkam kuat.

Kenapa aku tak pernah sedar pasal ni?

Dulu dia tipu aku kata dia kerja pejabat, lepas tu dia mengaku kata dia polis, sekarang alih-alih UTK terus.

Apa tujuan dia nak kahwin dengan aku ni? Dah la pukul aku.

Dia masih nyenyak tidur. Mukanya jelas kepenatan.

Tak sampai hati nak pukul leher dia balik. Nak buat macam mana, hati dah sayang.

Sudahnya, aku mengambil selimut di dalam almari milikku dan ku letakkan di atas badan Zayden.

Sekarang baru pukul 9.30 pagi. Biarlah dia tidur dulu. Aku yakin dia dah solat subuh tadi sebab ada sejadah dan songkok di atas meja.

Selepas menyelimuti badannya, aku pandang wajahnya. Masih kacak walaupun nampak penat.

Tapi, dia tetap pilih untuk berahsia denganku. Rahsia yang sangat penting pulak tu.

Terus, aku turun ke bawah. Baru terfikir, macam mana aku boleh balik ke rumah? Siap tukar baju lagi.

Aku pergi ke dapur untuk mengambil jus oren untuk diminum. Kedengaran pintu bilik di tingkat atas terkuak.

Nampaknya Deniz pun dah bangun.
Aku lihat dia sedang turun ke bawah dan ke arahku.

"Good morning." Ucapnya sambil menguap perlahan.

Aku tuangkan jus oren kepadanya.

"Good morning. How do I be here? You drove me home? Who changed my clothes?" Soalku bertalu-talu kepadanya.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now