Ini malam pertama aku tanpa Zayden selepas kami bergelar suami isteri.
Sejujurnya, aku rasa sunyi. Aku rindu bau wangian badannya, belaiannya dan suara garaunya.
Memang ini yang dirasakan oleh setiap wanita yang mengahwini perwira negara?
Mereka memang wanita tabah. Aku pun dah tak larat nak sedih.
Papa dan mama keluar lepas isyak tadi. Katanya mereka ada business event. Jadi, tinggal lah aku di sini sorang-sorang.
Pembantu rumah semua dah pulang. Tadi pula, Zayyed menghantar mesej yang dia akan sampai rumah lambat malam ni.
Aku pun takkan nak paksa dia balik rumah cepat, sebab aku duduk sendirian dekat sini? Bukannya dia laki aku.
Sudahnya, aku hanya kata okey. Biarlah itu hidup dia. Tak nak balik rumah pun bukan urusan aku.
Dan sekarang, aku tengah selidik tentang The Dark Triad.
Aku kumpulkan segala bahan-bahan bukti yang selama ini aku peroleh. Aku cuba susun kronologinya.
Bermula daripada surat ugutan pertama. Sebelum berjumpa dengan Sofea.
Surat pertama yang sengaja mengumpanku bahawa Fake Angel ingin menjadi pewarisku dan aku role modelnya supaya aku masuk perangkap mereka iaitu di kilang.
Kemudian, pembunuhan lelaki yang pernah mencuba mencuri beg aku tempoh hari. Dan pihak polis menemui mayat itu di dalam tong sampah.
Ketiga, pembunuhan lelaki berumur yang menghinaku di dalam restoran kerana membunuh si Razeem itu.
Seterusnya, pembunuhan Adila yang aku tak faham apa kaitannya denganku.
Oh, ya kalau diingat balik, pertama kali aku bertemu Zayden, dia ada cakap pihak polis nampak kesan tapak kaki yang dicalit dengan darah mangsa yang aku bunuh. Sedangkan aku bunuh dia secara mengejut tanpa pertumpahan darah.
Itu juga agak misteri yang aku yakin ada kaitan dengan geng itu.
Pembunuhan lelaki yang aku tak kenali ketika keluar dengan Zayyed tempoh hari. Dan secara tak sengaja terserempak dengan pembunuhnya di lif.
Then, serangan mereka ketika misiku di laut Itali. Pembunuhan Sofea dan Rizzo. Aku yakin mereka menyasarkan Sofea sahaja.
Segala surat ugutan seperti di depan rumahku, di parking kereta dan hadiah perkahwinan.
Aku dapat rasakan ada anak buah mereka merupakan orang terdekatku sendiri.
Tidak dilupakan, serangan mereka terhadap Zayden di Turki. Lelaki berbaju hoodie kelabu yang juga aku berjumpa dengannya sekali lagi di kilang itu.
Segala rakaman-rakaman yang aku ambik di kilang dan lelaki yang pecah masuk rumahku yang kini sudah mati.
Akibat badannya meletup. Sangat pelik.
Apa yang Adila ada yang berkaitan denganku? Tunang Zayyed? Takkan itu sebabnya mereka membunuh Adila?
Tengah aku berfikir, tetiba pintu masuk rumah papa dibuka dengan kuat.
Alert!
Takkan Zayyed dah balik? Dia baru mesej aku 10 minit lepas kata dia balik lambat.
Mama dan papa baru pergi majlis lebih kurang sejam lepas.
Aku telan liur. Terus aku bangun dari katil dan memakai tudungku. Alat senjata aku ada dekat rumah. Sini memang aku tak bawa apa-apa.
Takkan aku nak menyorok saja dekat sini. Buatnya dia seorang pencuri? Habis harta papa kena curi.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomantizmMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...