BAB 4

602 36 0
                                    

10 NOVEMBER 2015

Ketika ini, aku sedang melaksanakan tugasku untuk membunuh seorang ahli politik. Dia bertindak dengan cara tidak adil. Dia memperkosa ramai wanita namun dia menunjukkan kepada orang ramai, dia orang yang baik dan rendah diri.

Memang aku terus bersetuju tanpa segan silu. Dan aku akan dapat bayaran sebanyak RM100k.

Aku masuk ke rumah agam besar itu. Aku menyamar sebagai orang gaji di rumah ini. Aku palsukan mukaku dengan mamakai kaca mata dan tahi lalat kecil yang palsu.

Dan nama palsuku ialah Citra. Kewarganegaraan Indonesia. Bahasa ibunda juga aku tukar menjadi slang Indonesia sebaik mungkin.

Setelah mengamati suasana di rumah itu selama seminggu, aku sudah mula dapat sesuaikan diri. Aku mula bergerak melaksanakan misiku.

Nama mangsaku adalah Encik Razeem. Seorang ahli politik yang mahir hal kewangan. Sudah semestinya dengan cara yang kotor. Rakyat melihatnya sebagai seorang menteri yang baik dan penuh rendah diri. Rupanya di rumah, dia sering mendera dan memukul semua orang di dalam rumah itu terutama isteri sendiri. Dia juga berkahwin tiga tanpa pengetahuan umum. Secara tidak sah ya.

Sangat menepati ciri-ciri mangsa yang aku inginkan. Lagi jahat, lagi bagus.

Malam itu, dia pulang ke rumah lewat. Aku sudah khabarkan kepadanya bahawa aku ingin pulang ke tanah airku atas urusan kecemasan. Dan akhirnya aku berhenti kerja.

Itu semua hanyalah lakonanku. Aku bersembunyi di bilik bawah tanah. Tempatnya melakukan kerjanya tanpa gangguan.

Aku bersembunyi di sebalik almari baju lelaki itu. Kamera CCTV juga sudah aku berjaya godam. Berkat aku bersabar selama seminggu melihat penderaan lelaki itu kepada anak-anaknya. Aku belajar menggodam semua kamera CCTV di sini. Alat penggera kecemasan juga aku berjaya nyahaktifkan.

Setelah menunggu selama sejam, akhirnya dia pulang. Aku lihat dia menghempaskan badannya di atas sofa. Aku bersembunyi di belakangnya.

"Mati jugak perempuan itu. Tak guna! Dia pergi bagitahu semua orang, aku perkosa dia! Hahaha siapa suruh dia datang dekat aku. Salah dia. Haha."

Kemudian, si Razeem itu ketawa jahat. Hati aku mula memanas. Tak sabar-sabar aku nak bunuh dia. Akan aku pastikan dia mati dengan sangat tenang.

Kemudian, aku memakai topeng mukaku. Lalu aku buka pintu almari itu perlahan. Dia sedang memejam matanya. Lelap sebentar. Aku berjalan ke arah pintu masuk bilik lalu aku kunci.

Dia tersentak. Matanya melihatku. Terkejut.

"Kau siapa?!" Soalnya keliru.

Aku ketawa. Mukanya penuh takut. Mungkin melihat topeng hitamku yang seakan seperti plague itu.

Dia cuba baling gelas kaca ke arahku. Namun, aku bijak mengelak dengan tangkas. Dia jatuh terduduk. Takut.

Aku buka topeng itu. Tadi terkejut. Sekarang terkejut kuasa dua wajahnya.

"Citra? Kau siapa sebenarnya? Kau kata kau nak balik Indonesia?!" Getusnya.

Aku senyum senget. Perlahan-lahan aku menerpa ke arahnya. Dia masih terduduk di atas lantai.

"Citra masih ada kerjaan di sini mas Razeem. Kerjaan gue..." kataku lantas aku pijak mulutnya dengan kasut tumit tinggiku. Kemudian, aku ambil batu bata yang aku kumpul tadi, aku lempar dengan keras ke titik lemahnya. Dia bahkan tidak sempat untuk mengelak.

"Argh!" Jeritnya kesakitan. Aku terus sumbat mulutnya dengan kain.

Aku senyum puas. Kemudian, aku tekan butang di telefonku. Lalu, gas beracun yang aku simpan di dalam pendingin hawa di bilik ini mula bertebaran keluar memenuhi ruang ini.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now