"Mama, nanti besar akak nak jadi macam ayah boleh? Akak nak jadi hero untuk dunia." Ujar aku yang masih berumur 14 tahun itu.
"Boleh, anak mama Tya sayang. Jadilah hero untuk selamatkan nyawa yang tertindas. Dunia sekarang bahaya dan kejam. Akak kena kuat untuk lindungi ahli keluarga kita dan negara." Kata mama.
Aku senyum manis kepada mama. Aku ada seorang adik yang berumur 3 tahun. Hanya kami berdua sahaja adik-beradik. Ayah aku bekerja sebagai ahli tentera. Mama sebagai suri rumah biasa.
Melihatkan ayah aku yang bekerja sebagai tentera, buatkan aku ingin menjadi sepertinya. Seorang manusia yang menjadi hero untuk dunia. Mesti best kan? Walaupun bahaya. Aku suka benda yang berbahaya.
Sejak saat itu, aku suka berangan untuk menjadi hero. Ayahku juga mengajar aku cara untuk menembak dan berburu. Dan aku sangat seronok.
Setiap manusia ada titik lemah dan titik buta masing-masing. Kita kena pandai cari cara nak manfaatkan dua benda itu untuk mengalahkan musuh.
Ayah aku pernah cakap aku boleh jadi seorang penembak yang hebat sebab kemampuan aku untuk fokus dan menembak tepat pada sasaran memang tidak boleh dinafikan. Hampir sama taraf dengan ayah yang merupakan sarjan itu.
Namun, satu tragedi berdarah menyebabkan aku tarik balik niat aku dulu. Semuanya bermula ketika aku melihat wajah mama dipukul teruk oleh ayah.
Ayah aku berubah sejak tahun lepas. Dia banyak melepak dengan kawan-kawannya sehingga kadangkala dia pulang dalam keadaan mabuk.
Sehinggalah datang hari paling gelap dalam hidupku itu.
***
"Abang, kenapa ni?! Sanggup pukul isteri abang sendiri? Kesian, Safia tengok. Anak bongsu kita ni kecil lagi abang!" Jerit mama ketakutan.
Ayahku ketika itu sedang mabuk. Aku sembunyi di sebalik pintu. Mendengar perbualan tak indah mereka. Adik aku bersama dengan mama. Aku risau dengan keselamatan dia.
Pang! Bunyi penampar serdas ayahku hadiahkan untuk mamaku. Aku lihat secara sembunyi. Sungguh, aku terkejut.
Pang! Sekali lagi penampar dihadiahkan pula kepada adikku. Adik?!
Aku pandang sekali lagi. Justeru itu, dengar bunyi anak kecil menangis kuat. Kemudian, ayahku sambung memukul mereka. Aku terus menghala ke arah mereka.
"Ayah! Apa ni!?" Marahku. Aku peluk adik dan mamaku erat. Mamaku jelas wajahnya penuh dengan ketakutan. Adikku pula tak berhenti nangis.
Aku? Entah kenapa aku tidak rasa takut sama sekali. Aku cuma marah dan kecewa.
Ayah melihatku atas bawah. Mukanya jelas mabuk. Bau mulutnya menusuk hidung. Bau masam. Rasa macam nak suruh ayah aku gosok gigi sekarang, tapi bukan masa yang tepat.
Tetiba, dia datang ke arahku dan tolakku jatuh ke atas lantai. Dia menghempap badan aku kuat. Jelas aku terkejut. Mama terus berlalu ke arahku, namun disepak kuat oleh ayah.
"Cantik anak ayah. Putih je muka." Kata ayahku dengan nada mabuk. Aku tak tahu dia telan pil apa sampai bodoh macam ni sekali.
Tiba-tiba, baju tidurku direnggut kasar. Ada bahagian terdedah. Aku meronta-ronta untuk lepaskan diri. Mamaku sudah menangis tapi kaki tak dapat nak bergerak. Adikku kemudian datang ke arah kami.
Dia memukul belakang ayah aku dengan tapak tangan kecilnya. Aku masih meronta-ronta untuk dilepaskan. Ayahku sudah mula berfikiran macam orang tak ada otak.
Laju ayah aku mengangkat adikku lalu dihempas kuat ke dinding.
Aku dan mama jelas terkejut. Aku menekup mulutku. Wajah adikku terus bertukar merah cair. Berdarah!
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...