BAB 70

435 31 0
                                    

"Sayang, you're really crazy! Yet I'm so proud of you!" Puji Zayden.

Aku masih diam. Cuba tenangkan api kemarahan.

"Kalau abang ada waktu tu, memang siap dia abang pijak sampai lumat." Gertaknya geram.

Aku memberitahunya apa yang jadi sebab dia kata elok-elok sahaja dia keluar dari tandas, semua mata memandangnya semacam.

Lelaki yang aku berjaya pijak tadi, terus datang ke arah Zayden dan meminta maaf sebab dah cari pasal dengan isterinya.

Masuk saja dalam kereta terus dia suruh aku cerita.

"Abang tak rasa malu ke, Tya buat macam tu?" Soalku.

Dia menggeleng.

"Buat apa nak malu? Sayang pertahankan diri sayang. You're not afraid to stand up for yourself. Macam mana abang tak bangga?" Ujarnya.

Aku akhirnya senyum. Hilang sudah rasa nak naik angin tadi.

"Sayang nak makan dekat mana?" Soalnya apabila aku masih diam.

"Saya masak la dekat rumah. Lagipun kita dah la baru lepas senam. Abang ada nak makan apa-apa?" Soalku.

Dia berfikir sebenar.

"Abang nak makan nasi lemak, sayang buat. Boleh?" Mintanya.

"Boleh, untuk abang semua boleh." Selorohku.

Dia ketawa perlahan.

"Tapi, kita kemas barang masuk rumah baru kita dulu ya, sayang. Nanti kita masak dekat dapur baru." Katanya.

Aku angguk. Rumah lamaku aku tak pasti nak jual ke tak. Jadinya, aku biarkan sahaja kosong dulu.

***

"Wah, besarnya rumah abang!" Jeritku teruja.

Rumah baru kami adalah rumah banglo yang besar. Sama besar dengn rumah papa.

Ada kolam renang di sebelah dapur. Tangga berjubin marble berwarna putih.

Konsepnya contemporary modern. Cantik!

"Dah, sayang pergi masak dulu. Abang nak angkat barang-barang dengan kemas sikit-sikit." Katanya.

Aku angguk setuju. Terus kaki bergerak ke kitchen island.

Aku buka kabinet-kabinet dapur. Semua perkakas dan bahan-bahan memasak semua dah disediakan.

Kagum jugak aku dengan Zayden. Dia sentiasa bersedia.

Terus, aku keluarkan bahan untuk mula memasak.

Alright, let's cook!

***

Malam ni adalah malam pertama aku dan Zayden tidur di rumah baru kami.

Aku rasa betul-betul happy sebab cik suami puji masakanku. Dia makan sampai habis nasi.

Aku pun terkejut tengok dia makan banyak. Tapi, aku suka. Dia buat aku rasa macam dihargai.

Sekarang, aku dan Zayden sedang bersedia untuk menunaikan solat Isyak berjemaah.

"Sayang, masih ada wuduk? Dah masuk waktu." Katanya.

Aku mengangguk. Seraya itu, dia mengajakku untuk ke tempat solat. Di rumah ni, ada bilik yang khas untuk solat dan jalankan ibadah seperti membaca Al-Quran.

Setelah selesai solat, Zayden mengangkat tangan untuk membaca doa.

"Ya Allah, wahai Tuhan yang Maha Membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati kami untuk sentiasa mengingati-Mu. Dan tetapkanlah hati kami untuk saling mencintai kerana-Mu."

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now