BAB 69

389 33 0
                                    

"Sayang, japgi kita gi jogging dengan gi gym nak? Kalau sayang tak nak tak pe." Ajak Zayden.

Kami baru selesai menunaikan solat subuh bersama-sama.

Aku berfikir sejenak. Lama jugaklah aku tak pergi gim.

Aku mengangguk setuju.

Terus, Zayden senyum dan kucup dahiku.

"Kita bersiap dulu okey, habis gim baru kita sarapan." Katanya.

"Baik, abang." Ujarku.

***

Ya Allah, dah berapa bulan aku tak jogging macam ni.

Rasa semput pula nak kena jogging 7 kilometer. Taman ni bukan main luas.

Zayden dah laju dekat belakang. Dah berapa round dah dia melepasi aku. Nak kata apa, dia kan anggota UTK. Setakat 7 kilometer macam ni, apalah sangat. Dah terbiasa.

Kalini, aku dah penat berjoging. Terus, aku duduk di atas kerusi bangku di situ.

Aku atur nafas. Penatnya! Aku cuma memerhati Zayden yang masih kuat berjoging di situ.

Nak dekat 10 kali jugak dia joging dari tempat kami masuk sehinggalah ke penghujung.

"Abang, Tya dah penat. Lepas ni nak pergi gim pulak." Jeritku supaya dia dengar.

Nasib, kami sahaja di sini. Maklumlah awal pagi lagi. Matahari baru nak bagi signal nak terbit.

Zayden hanya membuat gaya thumbs up sebagai tanda 'okey'.

Aku minum air di botolku. Menghirup udara perlahan-lahan. Segarnya pagi-pagi ni.

Tetiba, terasa kakiku seperti dibelit. Terus, aku tunduk untuk tengok ke bawah.

Ada seekor ular yang sederhana besar sedang enak membelit kaki comelku ini.

Aku hanya memerhatikan sahaja ular itu membelit. Tak sakit pun. Tu yang aku tak panik.

"Sayang! Ada ular tu!" Jerit Zayden segera menerpa ke arahku.

Aku buat isyarat berhenti menggunakan tapak tanganku.

"Kejap, nak tengok ular ni sekejap je. Bukan berbisa pun." Kataku.

Zayden mengeluh lemah. Dia ingat yang main dengan kaki aku sekarang ni hanyalah ulat beluncas agaknya.

Setelah puas tengok, aku angkat kakiku yang satu lagi dan perlahan-lahan pijak kepala ular itu sebelum mengangkatnya ke tempat lain.

Setelah itu, aku kembali ke arah Zayden.

"Dah puas main dengan ular?" Soalnya menyinis.

Aku senyum mengiyakan.

Dia menggelengkan kepala. Tak faham dengan perangaiku mungkin.

Kemudian, kami duduk dulu di bangku itu.

"Abang memang joging banyak kali macam ni ke?" Soalku.

Dia sedang meminum air di botolnya.

"Ye sayang. Setakat ni biasa saja. Abang dulu lagi banyak kena buat. Kena buat 60 kali push up, 30 kali sit up. Banyak lagi lah. Tu yang badan abang fit." Katanya sambil memuji dirinya sendiri.

60 kali push up? Aku lima kali pun dah semput.

"Wah, hebatnya UTK. Dah lah banyak misi kena buat. Kumpulan abang mesti semua hebat-hebat kan, ada tak yang mati masa on duty?" Soalku.

"Setakat ni tak ada sayang. Alhamdulillah semua masih boleh menjalankan tugas. Cuma kalau cedera semua tu, memang benda biasa. Nama pun lawan pengganas." Jelasnya.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now