"Strike! Yeayy!" Jeritku gembira. Tasnim menepuk tangan teruja denganku.
Aku kini berlawan dengan Zayyed. Kami bergilir-gilir melakukan pusingan untuk melempar bola boling. Zayden dan Haris juga bermain tetapi main secara suka-suka sahaja. Tasnim memberi sokongan kepadaku.
Papan skor menunjukkan aku dan Zayyed sama- sama strike untuk pusingan kesembilan. Semuanya ada sepuluh untuk satu set.
Aku akui Zayyed memang pandai main. Aku ni pun pandai juga, tapi semuanya main tembak nasib aje.
"Your turn Zayyed." Kataku seraya senyum sinis ke arahnya. Saja nak cabar.
Zayyed menjeling ke arahku sekilas. Jelas tercabar.
Dia mula melakukan gaya untuk melempar bola boling itu.
Aku tekun melihatnya.
Bola berjalan di atas papan itu lalu...
'Strike'!
Aku menepuk dahi. Aduh, dia dah full strike. Tetiba rasa menyesal senyum sinis tadi. Ingat dia tercabar terus rasa jatuh semangat.
"Your turn, peeps." Dia pula mencabarku.
Telan liur. Aku ambil bola boling dan berjalan ke arah papan itu.
"Go! Go! My Angel! Kalahkan abang saya." Kata Zayden sambil melakukan gaya seperti menyokongku. Haris juga sekarang berada di sisi isterinya memandang aku. Semua mata memandang aku.
Tambah-tambah si abang Zayden ni. Tajam sangat pandang aku sampai menggeletar lutut aku. Kenapalah aku setuju dengan cabaran dia.
Aku melempar bola itu. Lalu aku tutup mata. Takut.
"Strike!!!" Jerit Tasnim dan Zayden. Teruja. Aku buka mata. Semua pin boling itu jatuh.
Aku hembus nafas lega. Itu bermaksud kami kena teruskan satu pusingan lagi sebab dah seri.
Aku bagi ruang untuk Zayyed lakukan pusingan seterusnya.
Dalam hati berdoa semoga dia tak strike dah. Tolonglah!
"Strike!" Jerit Haris. Cis! Ingat dia nak sokong aku.
Zayyed terus menunjukkan gaya gentleman seolah memberikan aku ruang untuk melakukan pusingan seterusnya.
Aku kecilkan mata ke arahnya. Ish! Habislah aku. Sebab sekarang ni aku rasa penat dah pegang bola berat ni.
Hujung jari aku pun dah mula merah. Ye la sebelum kami memulakan set ni, aku dah berlatih main sampai banyak kali dah. Zayden teman aku main.
Aku ambil bola boling itu. Dengan lafaz bismillah, aku lempar.
Dup dap! Jantung aku mula berdendang dengan rancaknya.
Namun, apa yang menjamah mataku adalah...
Tak strike! Ada satu lagi pin boling tak jatuh. Aduh!
Aku terus mengalihkan pandanganku ke arah Zayyed. Dia senyum. Bukan main lebar senyum dia. Tak guna.
"It's okay, my Angel!" Kata Zayyed seraya datang ke arahku. Mukaku mula monyok. Sedih dengan nasib sendiri. Tanganku mula rasa pedih. Ada bekas seperti calar. Berat jugala bola tu pun.
"Tangan awak merah! Jom, ikut saya ambil first aid kit." Ujar Zayden. Risau.
"Eh tak apa la. Sikit je ni." Kataku. Setakat calar balar apalah sangat.
"No! Jangan pandang rendah dengan perkara yang bagi awak remeh dan kecil. Kadangkala benda yang kita rasa kecil dan remeh tu lagi bahaya bila dia mula merebak, daripada benda yang sedia besar." Ujarnya lagi.
YOU ARE READING
Angel , His Special Protector ✓ (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)
RomanceMisteri. Kegelapan. Kekejaman. Kisah cinta tragis... Tya Elmira atau lebih dikenali sebagai 'Angel', seorang gadis yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Tiada perasaan.Namun, sangat bijak dalam mengatur strategi .Sikap penuh kejam sudah sebati dalam...