BAB 2

747 35 2
                                    

Keesokan harinya, aku kena pergi ke balai polis untuk soal siasat. Pihak polis juga dah lakukan siasatan bersama pihak bomba setelah api dah dipadamkan.

Ada tiga mayat rentung. Satu mayat sudah jadi abu. Mesti itu adikku. Dia masih kecil.

Mereka kaitkan dengan apa yang mereka dapat dari penyiasatan dan dengar penjelasan dariku. Dan semuanya sangat kena dan sesuai. Seolah-olah aku bercakap benar.

Mereka menjumpai tapak kaki ayahku di sekitar kawasan tumpahan minyak dengan alat yang mereka guna. Ia seperti tindakan bunuh diri kata polis itu.

Dan mereka juga melihat CCTV yang memang betul pada pukul 2.17 pagi, aku berlari-lari dengan berkaki ayam di sekeliling kampung itu. Nasib aku perasan ada CCTV. Cepat-cepat aku ubah apa yang patut.

Mereka juga menjumpai pistol dan pisau yang ada cap jari ayahku. Nasib baik juga aku lekatkan segala sel-sel kulit pada alat itu. Semua bukti aku padam dan alihkan kepada ayahku.

Dan akhirnya setelah beberapa hari, kes ditutup sebagai tindakan bunuh diri. Berita itu juga tersebar di dalam media sosial. Nenek dan atok aku juga sudah memaafkan segala-gala yang berlaku. Mereka mengajakku tinggal dengan mereka, namun aku hanya kata nanti sahajalah. Buat-buat trauma. Tapi, jujur memang agak trauma sedikit. Aku kini tinggal di hotel untuk tiga hari. Kerana aku ada satu rancangan istimewa.

Sekarang, aku tak percaya mana-mana manusia pun sekarang ni. Bahkan ayah yang aku percaya itupun berubah secara drastik. Inikan pula orang lain.

Sejak daripada itu, aku buat keputusan untuk menjadi seorang pembunuh.

Seminggu selepas itu, aku buat keputusan untuk palsukan kematianku. Aku terjun ke dalam laut. Dan ia dapat dilihat melalui CCTV di jabatan itu. Itulah rancangan istimewaku. Dan akhirnya pihak polis juga tutup kes itu sebagai kes bunuh diri. Aku tak tahulah pihak polis yang malas nak siasat betul-betul atau aku yang terlebih bijak. Aku tak rasa rancangan aku bijak sangat pun. Tapi, nasib baik tak kantoi sama sekali.

Pihak polis hanya mengesahkan bahawa aku bunuh diri dan mayat aku masih belum ditemukan. Agak pelik tapi entahlah. Pihak polis hanya berkata kepada pihak media yang aku stres sehingga buat keputusan untuk bunuh diri.

***

Dan inilah aku sekarang. 10 tahun berlalu. Aku ambil 5 tahun untuk menjadi seorang pembunuh yang mahir. Aku belajar segala cara-cara membunuh dan taktik yang berguna ini daripada keluarga angkatku. Aku melarikan diri ke Turkey.

Dan aku diambil sebagai anak angkat kepada keluarga jutawan di sana. Mereka melihat potensiku dan membuat keputusan untuk melatihku. Aku juga mengubah identitiku. Aku memakai topeng hitam plague dan meletakkan satu parut panjang di bahagian mata kananku untuk membunuh. Nama samaran aku adalah Angel.

Tya Elmira sudah lama mati. Dan sekarang sudah 8 tahun aku menjadi seorang pembunuh upahan.

Aku masih ingat pembunuhan rasmiku yang pertama. Pembunuhan seorang suami dan penyondol. Aku diminta oleh seorang datin untuk membunuh suaminya yang curang. Dan sebagai ganjarannya aku akan dibayar sebanyak RM85K. Aku terus setuju.

***

"I nak u buat kerja ni betul-betul Angel. I bayar u RM85K." Kata Datin yang bernama Mazleen itu.

Aku hanya mengangguk tanda setuju.
Dan malam itu misiku bermula.

Lelaki itu mengajakku ke satu restoran untuk makan malam. Aku buat-buat terserempak dengannya. Dan dia terpikat denganku. Padahal aku tak goda dia pun. Tak faham aku. A cheater will always a cheater!

Dan cara pembunuhanku kali ini agak senang. Tidak menggunakan apa-apa alatan bersenjata sekalipun. Hanya menggunakan satu racun dadah yang aku buat khas untuk memberi rasa khayal dan selepas itu mangsa akan jadi agresif sehingga bunuh diri sendiri dan orang sekitar. Aku menggunakan taktik orang terdahulu.

Angel , His Special Protector ✓  (ᴄᴏᴍᴘʟᴇᴛᴇᴅ)Where stories live. Discover now