Muqadimah

8.4K 219 15
                                    

Apabila Wan Syafiq menerbitkan buku "Aku Rindu 90s" pada tahun 2012 dengan Lejen Press, aku mula berfikir tentang apakah patut aku buat buku "Aku Rindu 2000s". Tapi masa itu, dekad 2010s ini baru sahaja dua tahun, dan aku percaya pada masa itu masih ramai lagi yang masih pakai Nokia 3310, terutamanya yang masih belum updated lagi.

Apabila Dubook Press terbitkan "Tora Datang Lagi", yang basically menceritakan tentang zaman 80an dan awal 90an, aku sekali lagi terfikir, agak-agak idea buku untuk tahun 2000s ini masih awal lagi ke tak.

Pada masa buku ini ditulis, dekad ini sudah mula menjelang ke November 2015. Lagi dua bulan sahaja lagi untuk 2016 menjelma. Masih ada empat tahun lagi dalam dekad 2010s ini. Tetapi dekad yang setakat ini masih membosankan dan di mana semua culture jadi cepat basi, dekad 2000s ini bagi aku lebih kurang macam dekad 2010s ini, cuma ia masih ada berbaur 90s dan bahan-bahan dari abad/alaf yang lepas.

Apabila orang tanya aku, apa zaman remaja aku, aku selalu kata aku remaja pada tahun 90s. Silap sebenarnya. Aku masih kanak-kanak yang acah-acah tua pada masa tahun 1990an. Remaja tahun 1990an ialah orang macam Raja Otek. Aku sebenarnya remaja pada dekad 2000an.

Dekad 2000an adalah dekad yang paling tidak dicelebrate sebagai, sebuah dekad yang menakjubkan. Ia dekad yang penuh dengan ketakutan, selepas serangan al-Qaeda pada World Trade Center pada 11 September, 2001 - semua mulai jadi ketat dan dikawal. Dekad 2000an dilihat sebagai sebuah dekad yang murung, tidak berwarna warni dan 'hoo-haa' macam dekad-dekad sebelumnya. Kalau kita lihat dekad 60an ada The Beatles, Jimi Hendrix, atau Rolling Stones, dekad 70an ada Led Zeppelin, Pink Floyd atau Sex Pistols, 80an pula ada The Smiths, Depeche Mode atau Michael Jackson, 90an ada grunge, alternative rock, Britpop - dekad 2000s apa yang kita boleh ingat ialah fesyen emo gothic pakai celak bawak payung hitam dan lepak di Times Square acah-acah My Chemical Romance. Atau budak indie yang jamming buat suara acah-acah macam Julian Casablancas atau Noh Hujan dan ada perasaan 'crush' yang mendalam terhadap Liyana Jasmay, atau acah-acah Stone Cold dengan pakai baju tengkorak atau "Austin 3:16" sambil minum dua tin Coke macam gaya Stone Cold Steve Austin minum beer.

Memori pada tahun 2000s masih lagi belum ke tahap nostalgia seperti 90an, atau 80an, sebab itu ia tidak dibuat buku lagi. Bila aku fikir aku nak buat buku ni, aku gelak sorang-sorang dan berfikir, siapalah nak baca benda ni. Tapi dengan tahun 2020 lagi empat tahun dua bulan, aku fikir bila buku ini siap, mungkin tahun 2000s sudah sikit-sikit jadi nostalgia. Sebelum orang lain buat, baik aku buat dulu.

Anyway, aku akan cuba untuk tidak mengulang cerita benda yang aku dah cerita di Awek Chuck Taylor, Kapsul Masa (yang Lejen mintak untuk ditukar titlenya - yang akan dibincangkan nanti), atau mana-mana buku yang pernah aku tulis. Dan aku akan cuba untuk buat buku ini tidak seserius yang kau sangka, atau benda yang dah banyak kali aku cakap. Benda ni hasil tiga tahun aku research dari projek asal bila aku fikir benda ni masa mula-mula dulu.

OK, itu saja. Welcome to the new millennium!

2000sWhere stories live. Discover now