Sebelum munculnya budaya menghisap vape, menghisap shisha adalah budaya yang popular di dekad 2000an. Permulaannya sekitar tahun 2002 di sekitar restoran Timur Tengah di sekitar Lembah Kelang, menjadi budaya yang sangat besar dan kemuncaknya pada tahun 2005.
Budaya menghisap shisha ini datang dari Arab, dan sejak September 11 pelancong dari negara Arab tidak lagi berminat untuk melancong di Amerika, dan pelancong Kaukasia tidak lagi berminat untuk melancong ke negara Islam Sunni macam Malaysia.
Jadi, secara jelas pelancong Arab dan Timur Tengah yang menggantikan pelancong Barat di Malaysia, dan kerana itu muncullah kedai-kedai makanan Arab atau Parsi kerana untuk menarik pelancong ini untuk datang ke negara ini.
Dan hasilnya, shisha bersepah-sepah di Lembah Kelang.
Dengan menggunakan arang dan ada pelbagai perisa, macam vape jugak, membuka kedai shisha memberikan pendapatan yang agak lumayan bagi pengusaha baru Bumiputera di negara ini. Setiap kali sesi menghisap shisha berharga RM15, dengan boleh tambah dua kali arang.
Dan aktiviti menghisap shisha di kalangan masyarakat terutamanya Melayu yang kuat melepak kedai mamak sambil menonton EPL, dan boleh dikongsi beramai-ramai menyebabkan shisha menjadi popular di bandar. Tambah pula jika anak muda lelaki atau suami yang fed up malam Sabtunya untuk menonton EPL dikacau adik-beradiknya atau isterinya yang nak tonton Mawi dalam Akademi Fantasia.
Shisha juga menjadi aktiviti riadah anak muda selepas penat bermain futsal atau bermain paintball, satu lagi kegiatan riadah yang popular di kalangan orang Melayu, selain dari melepak bersama downline MLM mereka untuk membasuh minda orang baru untuk menyertai MLM yang popular ketika itu, Luxor.
Jadi, budaya Arab ini sudah berasimilasi dengan budaya Melayu kontemporari, menyebabkan budaya ini kemudiannya berevolusi menjadi budaya menghisap vape yang lebih mobile dan lebih mudah untuk disediakan.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...