PapaJahat.3gp

2.7K 59 10
                                    

Di era handphone Nokia sabun mula meningkat, dan di zaman mesej sudah melebihi sekadar huruf, sudah boleh hantar gambar dan video, format 3gp adalah format yang terawal dalam penghantaran video melalui mesej.

Dengan teknologi telefon bimbit kini boleh diambil gambar dan dirakam video, maka banyaklah orang yang mahu merakamkan "detik-detik indah" mereka bersama pasangan mereka.

Selepas kerajaan membuat laman web penampan dan memblock laman web Webmelayuboleh dan yang lain-lain, pada pertengahan 2000an ini muncul laman web seperti Rumah Tumpangan Sabul, yang lebih canggih dari Webmelayuboleh.

Ia boleh memuatkan video.

Dan pada masa ini video seks Melayu mula menjadi suatu collecting item, selepas video pelakon terkenal Wan Nur Azlin yang popular pada sekitar tahun 2002, video seks Melayu kini semakin mudah untuk didapati.

Ceritanya, ramai orang yang melakukan hubungan seks, dan dengan teknologi boleh merakam video dengan telefon bimbit Nokia sabun, kemudian apabila telefon rosak, tukang repair telefon buka fail dan jumpa video seks si pemilik telefon.

Si pemilik telefon yang ignoramus pula selamba derk buat tak pot ambil sahaja handphone mereka yang sudah dibaiki, lalu si tukang repair handphone buat projek tepi, dengan menjual video lucah yang dirakam pelanggan mereka yang nak repair phone tadi.

Selepas itu muncul banyak nama-nama fail 3gp seperti Najwa Ampang, Papa Jahat, Minah Kilang, Nadia Pandan atau Farah Gombak - mula meniti di bibir masyarakat Melayu yang seksualnya dikekang Jabatan Agama.

Kemudian, video Papa Jahat lah yang paling meletup ketika ini. Video yang menunjukkan seorang gadis mengerang kesedapan lalu menyebut "Papa jahat" sambil meramas teteknya, menyebabkan video ini popular.

Dan dipopularkan lagi dengan penyanyi Cat Farish yang dahulunya dengan Ruffedge, kemudian membuat projek solonya, dengan lagu berjudul "Papa Jahat".

Papa, papa memang jahat
Papa memang otaknya ligat

Menurut Cat Farish, lagu ini bukan menceritakan video tersebut, tetapi trend zaman masa ini pasangan couple memanggil pasangan mereka "papa" dan "mama".

Lancau!

Dan sejak munculnya kamera pada telefon, dunia tidak lagi sama. Selfie di fitting room atau cermin tandas, rakam benda bukan-bukan, mewujudkan satu generasi yang bengong dengan teknologi yang ada.

Cuba bayangkan 2,000 tahun dari sekarang apabila ketamadunan kita cuma tinggal sampah sarap, alien menemui semua mikrocip dan maklumat tentang kebodohan manusia yang dirakam di video telefon masing-masing.

Dan tidak seperti video tape atau gambar yang boleh dimusnahkan dengan dibakar, apa yang ada di internet akan terus kekal di Internet.

Sampai sekarang pun masih ada lagi video Papa Jahat. Jika kau ini jenis suka menjelajah ke ruang internet yang usang, dipanggil sebagai internet archeologist, macam-macam lagi sampah kau boleh nampak lagi sebenarnya.

2000sWhere stories live. Discover now