'Democracies have done better in coping with economic crises than nations where freedom is suppressed,'' Mr. Gore said in a speech. ''Democracy confers a stamp of legitimacy that reforms must have in order to be effective.
''And so, among nations suffering economic crises, we continue to hear calls for democracy and reform in many languages -- people's power, doi moi, reformasi. We hear them today -- right here, right now -- among the brave people of Malaysia.''
Al Gore, Kuala Lumpur, 1998.
Tahun 2000 adalah tahun pilihan raya Amerika Syarikat. Tahun ini adalah untuk memilih Presiden baru negara itu, menggantikan Bill Clinton yang sudah mengira-ngira pencennya.
Walaupun sebenarnya ada banyak parti politik di Amerika, tapi hakikatnya yang berpeluang untuk menjadi Presiden cuma dua: Republikan dan Demokrat.
Calon Demokrat ialah Naib Presiden kepada Clinton, Al Gore dari Tennessee. Dari Republikan pula ialah Gabenor Texas bernama George W. Bush.
Ayah George, George Bush Sr., merupakan Presiden Amerika sebelum dikalahkan oleh Bill Clinton pada 1992. Dan apabila Clinton bersara, sama ada anak kepada Presiden yang dia cabar dulu atau Naibnya akan menang.
Jadi selepas berkempen, dan berdebat, pilihan raya pun berlangsung. Ini kali pertama aku menonton siaran langsung keputusan pilihanraya Amerika, kerana sebelum ini aku cuma mengikuti cerita dari Buletin Utama atau Dunia Jam 10.
Sebab ayah aku pasang ASTRO tahun lepas, jadi aku boleh lah tonton CNN secara langsung. Tapi tak boleh jugak sebab adik perempuan aku nak tengok MTV, manakala adik lelaki aku walaupun tahun depan nak PMR tapi masih nak layan cerita kartun.
Dipendekkan cerita, terdapat satu masalah yang berlaku dalam sistem pilihanraya Amerika. Amerika menggunakan sistem 'electoral college', dimana kau mengundi bukan untuk kira siapa paling ramai pengundi, tapi negeri apa yang kau menang.
Aku malas nak cerita detail bab-bab teknikal pilihan raya diorang, tapi aku bagi contoh macam ni lah. Katakan Malaysia juga guna 'electoral college' macam Amerika. Setiap negeri diberi jumlah 'electoral college' berdasarkan jumlah penduduknya. Katakan Selangor, diberi sebanyak 40 'electoral college', negeri kecik macam Perlis mungkin 3 (3 adalah angka minima).
Dan selepas dicampur semua angka 'electoral college' itu, maka siapa yang banyak dialah yang menang.
Negeri-negeri di Amerika yang ada banyak bandar dan ramai penduduk macam New York, California, Illinois adalah negeri selamat Demokrat. Negeri-negeri yang lebih ramai penduduk kampung atau orang kulit putih yang tak bercampur sangat dengan kaum lain, macam Arizona, Texas, atau Idaho, ini kubu Republikan.
Jadi selepas semua dikira, tinggal Florida yang masih belum habis dikira. Florida masa tu ada lebih kurang 14 juta pengundi, tapi majoritinya begitu tipis sampai kena ulangkira semula.
Sementara Gore ingat dia sudah menang pilihanraya, dia lupa yang George Bush ada adik di Florida.
Jeb Bush, Gabenor Florida.
Entah macam mana gila, tiba-tiba Bush ini menang pilihanraya disebabkan sistem 'electoral college' dimana 25 orang di Florida akan mengundi Bush selepas keputusan dikeluarkan. Bermakna Florida sudah jatuh ke tangan Republikan, dan Amerika bakal dapat presiden baru, yang bernama George W. Bush.
Tapi Mahathir, yang selama ini memang jaki dengan Al Gore, kerana menyokong reformasi Anwar Ibrahim, pernah berkata: "Orang Amerika adalah antara orang-orang yang tak pernah ambil peduli tentang hal dunia, tapi orang yang dia pilih menjadi Presiden itulah yang mengawal dunia."
Mahathir sebenarnya patut tambah ini; Orang Amerika adalah antara orang-orang yang tak pernah ambil peduli tentang hal dunia, tapi bukan mereka yang pilih Presiden mereka, sebaliknya orang yang dalam 'electoral college' yang pilih Presiden dan Presiden itulah yang mengawal dunia.
Fikir balik, kalaulah situasi di Florida itu tak jadi macam tu, dan Al Gore menang, dan bukannya Bush, situasi politik dunia takkan berlaku macam sekarang.
Dan itu pun, bukan rakyat Amerika yang memilih Presidennya secara terus!
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...