Dekad 2000an, selain dari kegemilangan zaman J-Pop, ia juga adalah zaman kegemilangan filem, muzik dan drama dari jiran seberang kita. Kebangkitan seni mereka, hasil selepas dari Reformasi, menonjolkan satu sisi budaya Indonesia yang moden menjelang abad ke-21.
Era Indopop, yang mulai bangkit sejak 1998, mula naik dari Sheila On 7 dan selepas itu, satu demi satu band dari Indonesia mula menyeberang ke Malaysia dan menawan negara ini kerana di negara ini cuma ada New Boyz, Spin, Spoon, Span, Spank, Sponge dan Budak Kacamata. Kekecewaan ini ditambah lagi dengan scene underground yang difitnah Mastika dan Harian Metro pada awal dekad ini, menyebabkan satu ruang kosong yang luas di negara ini untuk anak muda.
Kebangkitan filem Ada Apa Dengan Cinta pada 2002 adalah testimoni dari kekosongan itu, lalu selepas itu filem-filem seperti 30 Hari Mencari Cinta, Ungu Violet, Janji Joni, serta band-band seperti Padi, Dewa, Peterpan, Nidji, sebelum Radja memusnahkan segalanya (seriously aku rasa dorang ni perosak scene Indopop).
Muncul pasangan ini: Acha Septriasa dan Irwan Syah. Pada tahun 2006 ketika filem My Heart mula naik, lagu-lagu dari OST filem ini mula meniti di bibir peminat-peminat. Dan start dari sini aku dah stop mendengar lagu-lagu dari seberang sebab dah terlalu banyak kali.
Dan Dunia Baru serta scene indie mula menjelang tiba.
Anyway, setiap kali aku menonton videoklip My Heart atau Pecinta Wanita, aku merasakan sesuatu yang tidak selesa terhadap Irwan Syah. Aku tidak pula membenci atau fuck gila Irwan Syah, aku cuma rasa tidak selesa. Aku tak ada jawapan kenapa aku rasa begitu, tetapi berkemungkinan kerana aku mahu berkata: "sudah-sudahlah muzik dan filem Indonesia ni".
Tetapi aku tak benci muzik dan filem Indonesia. Matter of fact, aku masih lagi menonton filem dan mendengar muzik dari seberang. Mungkin pada ketika itu sudah jadi terlalu kerap, dan terlalu banyak kali ringtones atau peserta Akademi Fantasia menyanyikan lagu dari seberang, dan mungkin kerana aku ingin menyahut seruan XFresh FM yang mengutamakan muzik tempatan (ada ad tentang ini, tak silap aku ia berbunyi "kata siaran radio muzik tempatan, tapi kenapa semua lagu dari seberang?")
Cuma pada masa itu, kekerapan siaran radio, atau TV, yang pada masa itu sudah kebosanan dengan produk filem dan muzik Melayu, masih lagi belum menemui scene indie sebelum scene indie jadi mainstream (scene indie jadi mainstream? Ironi gila?)
Anyway aku mungkin merasa Acha Septriasa dan Irwan Syah ini mirip seperti satu lagi pasangan di negara ini, Nurul dan Ajai yang tak habis-habis nak berkepit. Bosan doh.
YOU ARE READING
2000s
Historical FictionMenceritakan tentang dekad yang baru lepas tidaklah secool cerita dekad yang 2-3 dekad lepas. Tapi oleh sebab belum ada orang buat, aku buat. Buku ini untuk mereka yang ingin sandarkan pada kenangan mereka ketika berhubung dengan makwe dengan handph...